Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SITUASI pandemik Covid-19 masih lagi menyelubungi negara kita. Buat tahun kedua berturut-turut, kita masih lagi perlu beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa boleh melakukan sebarang aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara.

Jadi, ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi tidak kurang juga segelintir individu yang nekad curi-curi balik kampung dengan menggunakan bermacam-macam trik dan alasan.

Biar apapun situasi anda, sama-samalah kita cuba menggembirakan diri dan keluarga sepanjang Aidilfitri ini. Salah satu cara menghiburkan hati adalah menyanyikan lagu raya. Sekarang kami senaraikan 10 lagu raya untuk anda menyanyi sekuat hati sepanjang Aidilfitri nanti.

1. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman

Lagu ini memang sesuai sangat dengan situasi sekarang. Nak pohon maaf jarak dekat tak boleh. Jadi hanya mampu pohon dari jauh saja guna videocall atau Google Meet. Melodi pun cukup syahdu, lebih-lebih lagi apabila Sudirman memulakan rangkap lagu dengan “Dalam dingin subuhhh… haatikuu… terusikkk…”

Pehh… memang menangis terus beb! 😭

2. Pulanglah – Aisyah

Baca tajuk lagu je dah cukup buat kita sedih. Niat hati memang nak pulang beraya, tapi nak buat macam manakan? Apa mampu buat adalah… “Termenung kusendiri… Memendam rindu tidak menentuuuu…”

3. Dendang Perantau – P Ramlee

Tidak lengkap senarai lagu kita kalau tidak dimasukkan lagu legenda ini. Dengar petikan gitar masa intro lagu je dah boleh bikin kita teresak-esak. Tambahan lagi kalau ‘si dia’ pun ada di kampung sana.

4. Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Ya, seperti judulnya, mendengar lagu ini memang benar-benar menitiskan air mata Syawal. Tambahan pula dengan suara Tokti yang mendayu-dayu. Sayuuuu wehhhh…. 😭

5. Ku Pohon Restu Ayah Ibu – Mamat Exist

Lagu ini bukan orang tak dapat balik kampung je menangis, tapi yang dapat balik kampung pun boleh berjuraian air mata juga. Maklumlah, terkenangkan dosa kepada mak ayah yang tak terkira banyaknya. Sesiapa yang tak boleh balik beraya tu, memang boleh berguling-guling sambil hentak kaki kalau dengar lagu ni.

6. Kepulangan yang Dinanti – Aman Shah

Kalau lagu di atas cerita pasal anak tak dapat balik raya, lagu ini pula menceritakan sisi kegembiraan ibu bapa apabila menyambut anak mereka pulang. Memang sebak apabila mengenangkan mak ayah di kampung sana, terutama yang perlu beraya seorangan atau hanya berdua. 😢

7. Balik Kampung – Sudirman

Lagu ini berentak rancak yang menggambarkan keterujaan hendak balik beraya. Namun, disebabkan suasana PKP yang menyebabkan ramai orang tidak dapat balik kampung, memasing boleh jadi syahdu dan sebak. Jadi apa yang boleh dilakukan adalah menjerit sekuat hati, “Balik kampunggg… OooOOo… Balik kampungggg…” sambil menitiskan air mata.

8. Senandung Hari Raya Untukmu – Dayangku Intan

Lagu ini juga catchy dan buat kita rasa ingin berjoget. Tetapi, liriknya sangat sesuai untuk orang yang tidak dapat balik beraya kerana perlu bertugas kepada negara. Lagu ini pasti mengusik jiwa buat mereka yang bertugas sebagai frontliner.

Jadi, bolehlah berjoget sambil menangis kalau lirik lagu ini kena dengan anda.

9. Salam Aidilfitri Ayah Bonda – Raihan & Hujan

Ini antara lagu raya moden yang ada fiil. Lirik lagu ini mengenang semula pengorbanan ibu bapa kita menyiapkan makanan dan berkerja keras hendak membelikan kita baju baharu. Memang buat kita sebak dan sedar betapa banyak jasa mereka yang tidak mampu kita balas. 🥲

 10. Musafir di Aidilfitri – S. Jibeng

Lagu ini sangat sesuai kepada mereka yang tidak dapat balik beraya walaupun sudah masuk kategori pemastautin dan bukan lagi musafir. Atau kepada mereka yang sudah tidak dapat balik kampung kerana ibu bapa sudah lama tiada. Mungkin yang tinggal cuma sanak-saudara, adik-beradik dan kenalan.

Melodi dan lirik lagu ini memang cukup syahdu. Dinasihatkan, janganlah cuba dengar lagu ini seorang diri, takut sedih sangat nanti.

BACA >>> Jaga-Jaga, Polis Nak Datang Beraya Kalau Nampak Banyak Kereta!
BACA >>> Jaga-Jaga, Bukan Kereta Saja, Selipar Banyak Pun Polis Akan Serbu Raya Nanti!

aman shah Auto Terkini autotainment Covid-19 hari raya hujan lagu raya mamat exist p ramlee Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP 3.0 raihan s jibeng siti nurhaliza sudirman
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.