Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ini Lotus Evija Milik Juara F1, Button yang Dikustom Sempena Tribut Kemenangan 2009
Roda4

Ini Lotus Evija Milik Juara F1, Button yang Dikustom Sempena Tribut Kemenangan 2009

Abang HirataBy Abang Hirata08/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOTUS Racing, Team Lotus
dan Lotus F1 Team berlumba dalam Formula Satu (F1) sejak 2010 hingga 2015, manakala Jenson Button pula terlibat sebagai pemandu F1 sejak 2000 hingga 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Lotus dan Button tidak pernah bersama, tetapi juara dunia 2009 dengan pasukan Brawn GP itu begitu gemarkan model Lotus.

Button dan beberapa rakan lain memperkenalkan semula jenama Radford melalui Lotus-Radford Type 62-2 (foto atas) yang diilhamkan daripada Lotus Type 62. Kereta itu menggunakan casis Lotus Exige dan enjin supercas 3.5L V6.

Radford Motors diasaskan Button, Ant Anstead dan Roger Behle. Minat Button kepada Lotus ditonjolkan lagi apabila beliau menjadi salah seorang pemilik kereta hiper elektrik, Lotus Evija.

Kereta itu sudah siap dan diperkenalkan pada 18 Ogos lalu di California, Amerika Syarikat (AS).

Seperti model Evija lain, unit milik Button itu dibikin khas berdasarkan spesifikasi dipilih beliau sendiri dengan konsultasi bersama bahagian rekabentuk Lotus Design.

Skema warna unik Arctic White dengan aksen Verve Yellow dan Carbon Black ialah tribut kepada jentera Brawn GP yang membantu beliau menjuarai F1 2009.

Nombor 22 digunakan pula dipamer pada cermin sisi boleh buka dan simpan, manakala nombor 22 lebih besar diulang semula pada panel pintu dalam.

Sebagai kereta seorang pelumba, jaluran aluminium tengah kerusi memaparkan tarikh dan lokasi setiap kemenangan podium tempat pertama Button yang dibuat dengan laser.

Ruang kabin didominasi putih dan hitam. Kerusi dibalut kulit putih dan hitam, manakala bumbung dan stereng dibalut Alcantara hitam.

Warna Lime Yellow pula menambah ciri estetika yang diguna pada sulaman, pedal, tombol konsol tengah, butang mula-henti, butang stereng dan frem penyaman udara.

Kaliper brek dibuat dalam warna Verve Yellow dan dikurangkan rim aloi hitam kilat dengan riasan hitam kusam magnesium. Pengunci nat menggunakan warna perak anod sadur.

Dari segi prestasi, Lotus Evija ini menghasilkan kuasa 2,037hp (1,500kW) yang menjadi siri kereta pengeluaran paling berkuasa. Model ini ada ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM16 juta atau lebih murah jika beli di Langkawi, iaitu RM10 juta.

Spesifikasi Lotus Evija

Kapasiti bateri93 kWj
Kuasa maksimum1500 kW / 2,039 PS
Tork maksimum1,704 Nm dengan torque vectoring
0-100 km/jBawah 3 saat
0-300 km/j9.1 saat
Kelajuan maksimum350 km/j (dihadkan)
Jarak (Gabungan WLTP)346 km
Tempoh pengecasan (Pengecas 350 kW )18 minit
Berat1,887 kg
Dimensi (P/L/T)4,459 / 2,000 / 1,122 mm

BACA >>> Jualan Lotus Menyinar, Raih 17k Tempahan, Lebih 2k Emira Dikeluarkan!
BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!

Lotus Evija milik Jenson Button
Jenson Button dan Evija Fittipaldi
Auto Terkini Brawn GP F1 Formula Satu (F1) Jenson Button Lotus Lotus Design Lotus Evija Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.