Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ini Cara Teknologi Lampu Pintar Hyundai IONIQ 6 Berfungsi, Tak Silaukan Pemandu Depan!
Autotainment

Ini Cara Teknologi Lampu Pintar Hyundai IONIQ 6 Berfungsi, Tak Silaukan Pemandu Depan!

Abang HirataBy Abang Hirata09/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA komponen kereta yang semakin canggih masa kini ialah lampu depan. Bukan saja canggih, pengeluar kereta juga pandai memainkan lampu depan ‘dua tingkat’, iaitu satu pada bampar dan satu lagi di hujung bonet.

Susunan tersebut dapat dilihat pada kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Staria yang anggun dengan lampu halus dan melintang sepanjang bonet dan satu lagi pada bampar.

Selain itu, lampu sesetengah kereta moden hari ini juga pintar, terang dan tidak menyilaukan. Sebagai contoh, lampu suluh tinggi (high beam) boleh diturunkan automatik supaya tidak menjejaskan pandangan pemandu di depan.

Hyundai sebelum ini melancarkan model elektrik Hyundai IONIQ 6 di Britain dengan rekabentuk aerodinamik dipanggil Electrified Streamliner.

Buat kali pertama di Eropah, model Hyundai menerusi IONIQ 6 dilengkapi lampu depan LED Matrix Beam dengan teknologi canggih Sistem Lampu Depan Pintar (Intelligent Front-Lighting System, IFS).

IFS berfungsi automatik dengan mematikan separuh lampu besar yang mengganggu pemandu lain apabila sistem mengesan kereta di depan atau bertentangan di jalan sebelah.

Sebelum IFS, sudah ada teknologi lain iaitu Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA) yang mempunyai fungsi serupa supaya tidak menyilaukan pemandu lain ketika walam.

Sistem HBA standard berfungsi memadamkan lampu besar secara sementara apabila sistem mengesan kenderaan di depan atau yang menghampiri dari jalan sebelah. Seperti ] diperkata, HBA memadamkan terus lampu besar yang sedikit sebanyak menggangu fokus pemanduan.

IFS pula evolusi kepada HBA apabila hanya memadamkan sebahagian lampu besar yang menganggu pemandu lain. Teknologi IFS digunakan pada modul lampu besar Hyundai IONIQ 6 dengan nama khas dipanggil lampu Parametric Pixel.

IFS berfungsi dalam tiga langkah:

Pertama, kamera pada cermin depan mengesan kedudukan kenderaan di depan dan menghantar lokasi dan maklumat sudut kepada kontroler lampu depan.

Kedua, kontroler lampu depan membuat kiraan tentang zon gangguan yang menjejaskan pandangan pemandu lain dan menetapkan lampu LED yang terlibat daripada 16 segmen IFS lampu depan.

Ketiga, modul lampu besar akan memadamkan segmen atau bahagian lampu yang ditetapkan kontroler lampu dan membiarkan sebahagian lain menyala.

Hasilnya, pemandu masih dapat melihat dengan baik dalam keadaan gelap, manakala pemandu lain tidak terjejas akibat lampu besar yang sentiasa menyala dan menyilaukan.

BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK
BACA >>> UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?

Hyundai IONIQ 6
EV hyundai Hyundai IFS Hyundai Intelligent Front-lighting System Hyundai IONIQ 6 Intelligent Front-lighting System Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.