Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k
Roda4

Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Astra Motor (TAM) memperkenalkan varian Corolla Altis serba baharu hibrid (HEV) selain versi petrol untuk pasaran Indonesia, kelmarin.

Varian HEV ialah sedan generasi ke-12 yang menjadi komitmen Toyota untuk memperkenalkan kenderaan mesra alam di republik berkenaan.

Harga
  • Petrol – Rp468,200,000 (RM136,550)
  • Hybrid – Rp517,000,000 (RM150,780)

Antara pembaharuan terkini ditawarkan adalah perkhidmatan telematik T Intouch untuk kedua-dua varian yang membolehkan kenderaan disambung kepada aplikasi  mToyota untuk memudahkan pemilik mendapat akses semua servis mobiliti Toyota.

Antara ciri itu ialah:

  • Find My Car – mengetahui lokasi kenderaan diparkir
  • Geofencing – amaran jika kenderaan keluar dari zon pemanduan disetkan.
  • E-Care (servis) – memaklumkan pemilik tentang jadual servis berkala.
  • Inquiry & Support Center – bantuan langsung daripada Pusat Panggilan Toyota untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah kenderaan.
  • Road Assistance – butang makluman kecemasan (SOS) apabila pelanggan terlibat kemalangan dan boleh berhubung terus kepada Pusat Panggilan Toyota yang disambungkan kepada Bantuan Kecemasan Jalan Raya (ERA) untuk pertolongan lebih pantas.

BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan

Selain itu, Toyota juga menambah baik ciri sistem infotainmen yang membolehkan pelanggan melakukan konektiviti dengan telefon pintar. Varian Hybrid kini memiliki ciri pengecasan wayarles pada ruang konsol tengah untuk mengecas peranti pintar.

BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Toyota Safety Sense 2.0 

Aspek keselamatan dikekalkan , terdiri daripada empat ciri utama berikut:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDA)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) 
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)

Ciri TSS 2.0 kali ini ditambah baik dengan DRCC yang dibangunkan untuk pemanduan antara 0kmj dan 180kmj. Sensor radar pula boleh mengesan kenderaan hingga 120 meter di depan dan mengekalkan jarak pemanduan.

Ciri baharu Bantuan Jejak Lorong (LTA) membantu pemandu dan kenderaan berada dalam lorong dan terlencong memasuki laluan lain. Ciri ini membantu mengurangkan kelesuan pemandu dan menyokong pemanduan selamat seperti di laluan trafik sesak atau perjalanan jauh.

BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular
BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
BACA >>> Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

SUMBER: DapurPacu

Altis Hybrid Roda4 Segmen C Toyota Astra Motor (TAM) Toyota Corolla Altis (2022) Toyota Safety Sense 2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.