Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tesla Rancang Buka Kilang Bateri Di Indonesia, Bukan Kilang Kereta
Auto Terkini

Tesla Rancang Buka Kilang Bateri Di Indonesia, Bukan Kilang Kereta

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize16/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INDONESIA melalui Menteri Kanannya, Luhut Pandjaitan berkata pengeluar kereta elektrik dari Amerika Syarikat, Tesla merancang untuk melabur dalam pembuatan bahan bateri di negara itu.

Menurut hantaran yang dibuat di Instagram milik menteri itu, beliau berkata pengumuman rancangan itu akan dibuat Tesla dalam beberapa bulan akan datang.

Luhut Pandjaitan berkata beliau mengetuai perwakilan Indonesia yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Tesla Elon Musk semasa lawatan ke San Francisco baru-baru ini, apabila Musk memberitahunya tentang rancangan pelaburan itu.

Dia mahu melabur dalam pembuatan bahan untuk bateri litium,” kata Luhut, walaupun dia menyatakan Tesla tidak mahu membina kilang kereta di Indonesia.

Pelaburannya agak besar. Kita tunggu Elon datang ke sini sekitar penghujung September atau Oktober tahun ini,” katanya.

Indonesia telah bertahun-tahun memikat Tesla untuk melabur dalam pembuatan bateri dan pembuatan kereta di negara itu, cuba memanfaatkan rizab nikelnya yang kaya, yang boleh diproses untuk digunakan dalam bateri kenderaan elektrik (EV).

Musk juga akan membawa internet ke beberapa sudut terpencil di Indonesia dengan perkhidmatan komunikasi satelitnya, Starlink,” kata Luhut.

Menurut laporan Reuters, Tesla bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang komen manakala Starlink tidak dapat dihubungi.

Minggu lalu, Indonesia berkata mereka akan memberi pembuat kereta dua tahun lagi untuk layak mendapat insentif EV, cuba menarik lebih banyak pelaburan ketika ia berlumba dengan Thailand dan India untuk membina industri EV sebagai alternatif kepada China, pengeluar terbesar dunia.

Presiden Joko Widodo dalam temu bual dengan Reuters pada Februari menyatakan keyakinan bahawa Tesla akan melabur di negaranya. Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman daripada syarikat kereta itu setakat ini menimbulkan keraguan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luhut Binsar Pandjaitan (@luhut.pandjaitan)

BACA >>> Tesla Setuju Jadikan Malaysia Hab Serantau untuk Tenaga Cekap
BACA >>> Kilang Tesla di Shanghai Hasilkan Satu Kereta Setiap 40 Saat!
SUMBER: Reuters

 

Indonesia kilang bateri Kilang tesla Malaysia Tesla
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.