Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam
Roda4

Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA akhirnya mendedahkan imej Kia K3 (2022) serba baharu di Korea Selatan, yang juga dikenali sebagai Forte dan Cerato di pasaran lain, termasuk Malaysia.

Walaupun hanya tiga foto didedahkan, ada beberapa perubahan dapat dikesan yang membezakan model tersebut dengan versi pra-facelift sebelumnya.

Berikut ciri menarik Kia K3 (2022) serba baharu setakat ini:

  • Perubahan utama dapat dilihat pada lampu depan baharu dengan lampu siang (DRL) menawan. Gril depan signatur ‘tiger-nose’ juga diubah untuk dipadankan dengan logo baharu KIA. Bampar bawah turut diperbaharui yang menyerupai sedan K5.

  • Lampu belakang mengetengahkan rekaan tersendiri dengan lampu LED. Lampu undur diposisikan rendah di sudut bampar dan dipadankan kemasan plastik hitam.
  • Berdasarkan foto, dapat dilihat kereta ini berwarna ‘Blue Mineral’ (biru) dan dipadankan rim dwi-tona 17 inci warna perak-hitam.

  • Bahagian dalaman turut menerima pembaharuan. Unit infotainment menggunakan paparan skrin sentuh 10.25 inci. Kluster instrumen digital pun menggunakan skrin bersaiz sama, 10.25 inci. Bagaimanapun, ciri tersebut dikatakan hanya untuk varian premium.
  • Sebaliknya varian aras mula atau asas dilengkapi kluster instrumen 4.2 inci dan unit infotainment 8 inci.
  • Kia setakat ini masih belum mendedahkan trenkuasa akan digunakan untuk K3 (2022). Walaupun imej diberikan hanya menunjukkan model sedan, versi hatchback dikatakan akan dibekalkan ciri sama.

Memandangkan Kia kini diterajui Bermaz Auto untuk pasaran Malaysia, ada kemungkinan besar model ini akan datang untuk pasaran tempatan nanti. Sama-samalah kita tunggu.

BACA >>> Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!
BACA >>> Bermaz Auto Kini Terajui Jenama Kia di Malaysia, 3 Model CKD Bakal Lancar

SUMBER: carscoops.com

Bermaz Auto hatchback Kia Kia Cerato Kia Forte Roda4 Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.