Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Ada Imej Kanggaru Tersorok dalam Kereta Nissan!
Autotainment

#TahukahAnda: Ada Imej Kanggaru Tersorok dalam Kereta Nissan!

Abang HirataBy Abang Hirata28/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
TAHUKAH anda? Sejak sekian lama, banyak kenderaan Nissan di seluruh dunia ada kejutan tersembunyi. Apa dimaksudkan itu ialah imej atau simbol kanggaru!

Imej kanggaru dicetak pada komponen yang dihasilkan di kilang tuangan Nissan Casting Australia Plant (NCAP), sebagai penghargaan kepada asal usul buatan Australia.

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.

Sekadar mengimbau, tidak kurang yang mengkritik imej pagoda pada cermin Proton e.MAS 7, tetapi itulah kelebihan pengeluar. Nissan Australia pula menggunakan kanggaru sebagai identiti dan penghargaan.

Berpangkalan di Dandenong South, Victoria, NCAP menjadi tunjang utama rangkaian pembuatan global Nissan sebagai pembekal tunggal untuk 40 komponen berbeza dan kilang tersebut mengeluarkan 1.2 juta barangan setiap tahun.

Hasilkan Komponen ICE dan EV untuk Nissan Global

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.

Ini termasuk pelbagai jenis tuangan (casting) dan aksesori untuk kenderaan elektrik (EV) aluminium tuangan tekanan tinggi, e-POWER, pacuan akhir (final drive) dan komponen enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sebanyak 25 komponen aluminium tuangan tekanan tinggi berbeza dan enam jenis bar tunda (tow bar) untuk kegunaan di pasaran domestik dan antarabangsa turut dihasilkan.

Semua barangan itu dieksport ke kilang pemasangan antarabangsa untuk dibekalkan ke pasaran global.

Ini bermakna beberapa model ikonik Nissan di rantau Afrika, Timur Tengah, India, Eropah dan Oseania (AMIEO), seperti Nissan LEAF dan Patrol, kini jelas memaparkan simbol ketukangan dan kualiti Australia melalui ikon kanggaru istimewa NCAP.

Pengiktirafan Rasmi Buatan Australia

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.

Lambang komponen berkualiti kini sudah diiktiraf secara rasmi dan NCAP berjaya memperoleh status ‘Buatan Australia’ yang mana setiap bar penarik serta tuangan aluminium tekanan tinggi dan rendah dari kilang tersebut kini diakreditasi.

Pengarah Urusan Nissan Oceania, Andrew Humberstone berkata;

Selama bertahun pasukan di NCAP memberikan tanda unik pada setiap komponen dihantar ke luar negara yang kami ibaratkan sebagai ‘easter egg’. Dengan pensijilan rasmi, sangat mengujakan melihat lambang kanggaru mendapat pengiktirafan global dengan logo ‘Buatan Australia’ yang jelas terpampang untuk tatapan dunia.”

“Kilang NCAP adalah kisah kejayaan sebenar dalam pembuatan automotif tempatan, dan kami sangat berbangga dengannya. Memperoleh pensijilan rasmi ‘Buatan Australia’ adalah pengiktirafan kerja keras pasukan ini sepanjang tempoh panjang dalam menghasilkan komponen bertaraf dunia yang terdapat dalam kenderaan Nissan seluruh dunia.”

Simbol Kebanggaan Australia

Logo Roy Morgan Research

‘Buatan Australia’ adalah antara simbol paling disayangi dan dikenali di sana. Berdasarkan hasil kajian syarikat statistik bebas, Roy Morgan Research yang dijalankan pada 2024, 99 peratus rakyat Australia mengenali simbol berkenaan dan 91 peratus rakyat ingin melihat lebih banyak produk ‘Buatan Australia’ di pasaran.

Label ikonik kanggaru kuning dengan latar belakang hijau hanya dikeluarkan pada produk yang memenuhi kriteria ketat, termasuk produk itu sudah menjalani transformasi penting terakhir di Australia.

Evolusi dan Kecemerlangan Kilang NCAP

Ditubuhkan pada 1982, fasiliti NCAP kini menempatkan 192 kakitangan dan kontraktor yang berkembang seiring industri dan peralihan kepada kenderaan sifar emisi. Daripada menghasilkan komponen untuk kenderaan ICE dan kini kepada pembuatan komponen trenkuasa hibrid elektrik dan e-POWER.

Pasukan jurutera dan pekerja berkemahiran tinggi bekerjasama rapat dengan pasukan pembangunan di Jepun bagi membantu membentuk penglibatan Nissan dalam masa depan mobiliti kenderaan.

Permintaan Meningkat untuk Produk Australia

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.

Ketua Eksekutif Australian Made, Ben Lazzaro memuji langkah NCAP dalam memperkukuh komitmen terhadap pembuatan tempatan dengan mula mengecap tuangan aluminium dan bar tunda dengan lambang kanggaru ikonik.

Beliau menjelaskan, permintaan terhadap produk Australia semakin meningkat, dengan negara asal semakin mempengaruhi keputusan pembelian.

Lazzaro menambah, produk Australia diakui dihasilkan mengikut piawaian tertinggi dunia yang menjadikan ia dipercayai kerana keselamatan dan kualiti.

Sejak lebih 35 tahun, logo kanggaru hijau dan emas yang dipercayai membantu ribuan jenama menyampaikan pengiktirafan Australia kepada pengguna, perniagaan, dan semua peringkat Kerajaan.

Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Imej kanggaru pada produk Nissan Australia.
Auto Global Auto Nissan Kilang NCAP Nissan Nissan Casting Australia Plant (NCAP)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton โ€“ SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.