Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Iklan Motosikal [Siri 1]: Evolusi 100 Tahun Seni Poster yang Unik dan Artistik
Autotainment

Iklan Motosikal [Siri 1]: Evolusi 100 Tahun Seni Poster yang Unik dan Artistik

ZYBy ZY01/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda menonton filem adiwira yang jalan ceritanya seperti drama cinta jam 7 malam? Memang janggal, jika melihat seorang adiwira dipaksa mewarisi perniagaan keluarga dan dipaksa kahwin dengan menantu pilihan ibu bapa.

Seperti industri filem, industri pengiklanan juga kerap terikat dengan tema dan teras budaya tertentu. Pengiklanan motosikal melalui poster khususnya, gemar mengangkat teras asas yang sering dikaitkan dengan budaya bermotosikal seperti kelajuan, kebebasan, pengembaraan dan keterujaan.

Menariknya, walaupun ada sebahagian iklan khususnya hari ini yang menggunakan tema berbeza, pengiklanan dengan teras asas, yang sudah bermula seawal abad ke-20, masih boleh dilihat menggunakan konsep sama sampai sekarang.

Di bawah ini ialah beberapa gambar pilihan yang akan membawa anda menyelusuri 100 tahun iklan motosikal dunia, terutama medium media cetak. Walaupun kebanyakan iklan tersebut membawa konsep tipikal tentang pengiklanan motosikal, tetapi perubahan dan perbezaan gaya artistik ditampilkan nyata berbeza saban dekad, dan menarik untuk diperhatikan.

BACA >>> Stan Lee Benci Iklan Kereta Klise yang Asyik Tunjuk Aksi Memandu Keliling Bukit, Bandar


AWAL 1900 DAN ERA 1910-AN

Memandangkan motosikal mula dipasarkan besar-besaran pada penghujung abad ke-19 (lebih tepat lagi – 1894), pengiklan era itu perlu menumpukan kepada nilai tambah ditawarkan sesebuah motosikal berbanding sebagai medium pengangkutan dua roda selain basikal.

Tidak hairanlah kebanyakan iklan era berkenaan lebih gemar menggambarkan kemampuan motosikal mendaki bukit dengan lebih mudah dan cepat.


ERA 1920-AN

Iklan era ini mula dipengaruhi konsep seni avant-garde popular seperti Futurisme, Dada, Russian Constructivisme dan lain-lain. Jika era 1910-an cenderung menampilkan potret realistik, sebaliknya iklan era 1920-an lebih gemar menampilkan imej simbolik kepada teras asas motosikal.

Misalnya, bayangan kuda dan garis lurus panjang melambangkan kelajuan, manakala sayap burung pula melambangkan kebebasan. Dua unsur simbolik ini tidak memerlukan penjelasan lanjut kerana ia jelas mudah difahami secara natural.


ERA 1930-AN

Nilai artistik era 1920-an turut dibawa hingga era 1930-an dengan pelbagai simbolisme. Kehadiran poster dengan imej penunggang wanita misalnya, melambangkan bukan lelaki saja boleh menunggang, tetapi wanita juga boleh merasai kepuasan dan kebebasan menunggang. Imej lelaki gagah pula menggambarkan ‘kegagahan’ sesebuah motosikal yang diiklankan itu.


ERA 1940-AN

Walaupun masih mengekalkan unsur seni, poster iklan motosikal era ini memilih untuk menampilkan gambaran kehidupan seharian yang lebih realistik dengan slogan menarik tentang kelebihan sesebuah model motosikal. Ini dapat dilihat menerusi poster iklan motosikal Triumph dan Norton di bawah ini.


Nantikan artikel siri kedua untuk sambungan seterusnya.

BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!

autotainment Iklan Motosikal Iklan Motosikal Oldskool roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.