Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Mula Guna Robot untuk Hantar Minuman, Alih Kereta di Pejabat
Auto Terkini

Hyundai Mula Guna Robot untuk Hantar Minuman, Alih Kereta di Pejabat

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Motor Group (HMG) mula menggunakan robot DAL-e Delivery Hyundai Motor dan Kia, dan robot parkir Hyundai WIA di Factorial Seongsu yang menjadi bangunan pejabat mesra robot di Seoul, Korea.

Di bangunan Factorial Seongsu itu, pengguna boleh menikmati minuman dihantar robot DAL-e dan khidmat parkir daripada robot parkir yang mengggunakan teknologi terkini HMG.

Tidak hanya menugaskan dua robot pekerja, HMG turut mencadangkan pelan pembangunan Solusi Total Robot (RTS) melibatkan penggunaan pelbagai robot dan sistem pengecaman wajah di bangunan pintar itu bermula di Factorial Seongsu.

HMG juga berhasrat membangunkan sistem kawalan pelbagai bersepadu bagi menguruskan pelbagai robot penghantaran dalam RTS.

Robot DAL-e Delivery

Pengunjung restoran India Muslim di negara kita mungkin sudah biasa dengan robot penghantar pesanan, tetapi robot daripada Hyundai dan Kia ini pula lebih canggih.

Ciri menonjol robot DAL-e Delivery adalah keupayaan gerakan autonomi dalam bangunan. DAL-e Delivery mempunyai teknologi yang boleh berhubung dengan lif dan sistem kawalan pintu.

Robot ini juga mampu melakukan penghantaran pantas dengan mengenal pasti laluan optimum pada masa nyata (realtime) dengan skrin definisi tinggi (HD) 11.6 inci memaparkan maklumat perkhidmatan dilakukan.

Ciri dan Cara Kerja Robot DAL-e Delivery
  • Mengambil minuman dipesan pelanggan melalui aplikasi telefon dari kafeteria di tingkat bawah sebelum hantar ke lokasi ditetapkan.
  • Mengecam penerima di lokasi penghantaran melalui kamera dan teknologi kepintaran buatan (AS) pengecaman wajah yang dibangunkan Robotics LAB dengan ketepatan 99.9 peratus.
  • Dulang barang dikeluarkan automatik untuk menyerahkan minuman.
  • Mempunyai kapasiti muatan 16 cawan kopi dan berat barangan hingga 10kg pada satu-satu masa.

HMG mahu menambah jumlah robot DAL-e Delivery selain memperluas perkhidmatan robit itu merangkumi penghantaran kurier dan surat pada masa depan.

Robot Parkir Hyundai WIA

Pernahkah anda menonton rakaman video di media sosial yang mana robot seperti papan bergerak ke bawah kereta dan mengalihkan kenderaan itu dari satu tempat ke satu tempat lain? Itu bukan gimik kerana robot sebegitu memang wujud.

Robot Parkir Hyundai WIA boleh meletakkan kereta secara autonomi dengan berat hingga 2.2 tan dan pada halaju hingga 1.2 meter per saat.

Robot ini direka bergerak dalam pelbagai arah, termasuk menggerakkan kereta dalam ruang sempit dan letak di ruang sukar. Keupayaan tersebut dapat menjimatkan ruang dan dimanfaatkan sebaiknya.

Apabila pelanggan memerlukan kereta, robot parkir tersebut akan mengeluarkan kenderaan dari petak parkir dan meletakkan semula secara automatik apabila dipulangkan. Ini kali pertama Robot Parkir autonomi dikomersialkan di Korea.

Ciri dan Cara Kerja Robot Parkir Hyundai WIA
  • Sistem parkir autonomi terdiri daripada robot dua lapis dan lebar yang bergerak bawah kereta untuk mengangkat dan menggerakkan roda.
  • Hanya setebal 110mm dan sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan.
  • Dilengkapi kamera dan mampu mengecam saiz roda dengan tepat dan kedudukan untuk mengangkat.
  • Menggunakan sensor LIDAR (light detection and ranging) untuk mengesan manusia berdekatan untuk mengelak kemalangan.
Sistem Kawalan Parkir Pintar dan Robot Pengecasan Automatik (ACR)

Hyundai WIA turut membangunkan Sistem Kawalan Parkir Pintar yang boleh mengawal 50 robot parkir serentak. Sistem ini membolekan Robot Parkir bergerak melalui laluan optimum untuk menggagihkan sejumlah kenderaan dengan cekap.

Pada masa depan, sistem ini dapat mengesan dan bertindak balas terhadap kedua-dua kenderaan yang diletakkan manusia dan situasi di tempat letak kereta tanpa pengawasan.

Bermula suku ketiga tahun ini, Robot Parkir akan bertugas dengan ‘rakan sekerja’, iaitu Robot Pengecasan Automatik (ACR) bagi menawarkan khidmat pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Ciri dan Cara Kerja Robot Parkir dan ACR:
  • Robot Parkir menghantar kereta ke tempat pengecasan.
  • ACR mengenal pasti nombor pendaftaran kereta, memeriksa status bateri dan mengecas.
  • ACR dilengkapi teknologi pengesanan port pengecasan berasaskan pembelajaran mendalam (deep learning) dan berupaya mengecam port pengecasan EV.
  • ACR boleh memasukkan dan mengeluarkan pengecas berdasarkan status bateri kenderaan.
  • Selepas pengecasan selesai, Robot Parkir menghantar semula kereta ke ruang meletak kenderaan.
DAL-e Delivery Robot
Hyundai WIA Parking Robot
DAL-e Delivery hyundai Hyundai Motor Group Hyundai Smart Parking Control System and Automatic Charging Robot (ACR) Robot DAL-e Delivery Robot Parkir Hyundai WIA
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.