Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
Roda4

Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China

Abang HirataBy Abang Hirata02/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Februari lalu, kami ada mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu Hyundai dengan nama unik, Mufasa yang mengingatkan kita kepada karakter dalam filem animasi ‘The Lion King’.

Kini realiti, Hyundai Mufasa (2023) diperkenal di Shanghai sebagai SUV kompak baharu yang direka khas untuk pasaran China.

Di China, Hyundai bekerjasama dengan pengeluar tempatan, BAIC yang masing-masing mempunyai pegangan 50:50 dalam Beijing Hyundai Motor Co. Dalam famili SUV Hyundai, model ini diletakkan di bawah Tucson (segmen-C), tetapi di atas Kona (segmen-B).

Dari segi rekabentuk, Hyundai Mufasa (2023) membawa identiti Sensuous Sportiness yang diolah khusus untuk pasaran China dan dibangun berasaskan konsep Moving Smart Home SUV.

Rupa depan begitu menonjol dengan corak gril dan bampar yang disepadukan dan rekaan lampu vertikal. Bahagian tepi pula tidak dramatik seperti depan, tetapi masih menonjol dengan fender depan dan belakang mengembang dan garis bahu lurus yang menampakkan imej tiga dimensi (3D).

Bahagian anjur (overhang) depan dan belakang dibuat pendek, manakala jarak roda pula panjang dengan pusat graviti rendah yang membentuk gaya sisi unik.

Bahagian belakang menampilkan bentuk lampu bujur yang bersambung dari kanan ke kiri. Secara keseluruhan, Hyundai Mufasa (2023) adalah gabungan rekaan unik bahagian depan, sisi dan belakang.

Dari segi dimensi, SUV ini memiliki saiz panjang 4,475mm, lebar 1,850mm, tinggi 1,665mm dan jarak roda 2,68 mm. Trenkuasa dijana enjin petrol 2.0L berkuasa 158hp dan tork 193Nm.

Dari segi praktikaliti, ruang but mempunyai kapasiti 450 liter, manakala barisan tempat duduk kedua boleh lipat 60:40 dan turut disediakan konektiviti pintar, kunci Bluetooth dan unit infotainmen skrin kembar 12.3 inci.

Turut dilengkapi pada SUV ini ialah sistem penulen udara PM 2.5, sistem pengecas wayarles dan pintu but elektrik.

 

Dari segi teknologi bantuan pemanduan, Hyundai Mufasa (2023) dilengkapi ciri Cegah Perlanggaran Depan dengan Bantuan Belok Simpang (FCA-JT) dan Bantuan Cegah Perlanggaran Titik Buta (BCA).

Lagi ciri diberikan ialah Kawalan Jelajah Pintar berasaskan Navigasi (NSCC) dan Bantuan Pandu Lebuh Raya (HDA). Hyundai Mufasa (2023) dijangka dilancarkan di pasaran China penggal pertama 2023.

BACA >>> Pereka Hyundai, Genesis Menang Individu Terbaik dalam Anugerah Kereta Dunia (WCA) 2023!
BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK

Beijing Hyundai Motor Co hyundai Hyundai Mufasa Hyundai Mufasa (2023) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.