Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai IONIQ Dipilih Sebagai Kereta Terbaik (COTY) Dunia Wanita 2017
Roda4

Hyundai IONIQ Dipilih Sebagai Kereta Terbaik (COTY) Dunia Wanita 2017

Abang HirataBy Abang Hirata20/11/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia automotif, ada banyak anugerah yang dianjurkan khas untuk mengiktiraf pencapaian dan kehebatan sesebuah kereta. Ini pula anugerah istimewa daripada kaum hawa – Anugerah Kereta Terbaik Dunia Wanita (Women’s World Car of the Year) yang rupa-rupanya sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu.

Dalam edisi kelapan COTY Wanita kali ini, Hyundai IONIQ dipilih sebagai pemenang anugerah paling istimewa, iaitu Anugerah Ulung atau ‘Supreme Award’. Ketiga-tiga famili sedan buatan Korea Selatan itu, iaitu IONIQ Electric, Hybrid dan Plug-in disatukan untuk tujuan pengundian.

Bagi mengenal pasti pemenang anugerah tertinggi tersebut, juri COTY Wanita mengundi model kereta daripada enam kategori berbeza, seperti kereta famili, kereta bajet, kereta hijau, kenderaan utiliti sukan (SUV) atau Crossover, kereta mewah dan kereta prestasi. IONIQ pula berada dalam kategori kereta hijau dan dipilih sebagai pemenang anugerah berkenaan.

BACA >>> 7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Hyundai Ioniq – Harga Bermula RM99,888

KERETA ISTIMEWA

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq

Seandainya tidak menang anugerah sekalipun, IONIQ sememangnya kereta istimewa menerusi aneka teknologi canggih yang ditawarkan. IONIQ Hybrid ialah model yang turut dipasarkan di Malaysia pada harga cukup menarik dengan pakej ditawarkan.

Selain menawarkan kecekapan bahan api mengagumkan, IONIQ Hybrid dan IONIQ Plug-in turut mencatatkan tahap pelepasan CO2 rendah, manakala IONIQ Electric mampu bergerak sejauh 280km dengan sekali cas penuh. IONIQ Plug-ini pula boleh dipandu hingga 62km dalam mod elektrik, tanpa penggunaan bahan api.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Hyundai Ioniq

COTY Wanita adalah satu-satunya anugerah kereta dunia dengan semua juri terdiri daripada wanita, membabitkan 25 wartawan permotoran dari 20 negara berbeza.

Proses pemilihan bermula berdasarkan pencalonan 420 model kereta yang disenarai pendek kepada 60 model teratas terbaik. Kemudian, semua kereta berkenaan akan diundi secara rahsia. Hasil akhir diaudit syarikat akauntan antarabangsa, Grant Thornton Auckland, New Zealand.

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
hyundai ioniq
COTY hyundai Hyundai Ioniq Kereta Terbaik Dunia Wanita 2017 Roda4 Women’s World Car of the Year awards
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.