Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai IONIQ 5 N (2023) Diperkenal, Kereta Elektrik Prestasi untuk Jalan Raya dan Litar!
Roda4

Hyundai IONIQ 5 N (2023) Diperkenal, Kereta Elektrik Prestasi untuk Jalan Raya dan Litar!

Abang HirataBy Abang Hirata08/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI memasuki dimensi baharu dalam segmen kereta elektrik apabila memperkenalkan Hyundai IONIQ 5 N (2023) yang juga model elektrik prestasi pertama Hyundai N.

Model itu diperkenalkan pada acara Goodwood Festival of Speed di West Sussex, England yang bukan saja untuk dinikmati atas jalan raya, tetapi juga membangunkan model tersebut supaya serasi dan sedap dipandu di trek lumba.

IONIQ 5 N (2023) dibangunkan berasaskan tema prestasi N, iaitu Corner Rascal, Racetrack Capability dan Everyday Sportscar.

Trenkuasa asal Hyundai IONIQ 5 (2023) dipertingkat menerusi motor elektrik berputar dengan had rev 21,000rpm dan membekalkan kuasa 478kW (641hp) apabila mod N Grin Boost dihidupkan.

Prestasi itu diperoleh daripada inverter dua tahap dan kecekapan tenaga lebih baik untuk kuasa lebih tinggi daripada bateri 84kWj baharu.

Beberapa fungsi khas turut membantu prestasi di litar dengan mod N Grin Boost memaksimumkan pecutan dalam tempoh 10 saat.

Ciri N Launch Control pula menawarkan tiga tahap traksi berbeza untuk memulakan pemanduan sepantas mungkin dan membolehkan pemandu melancarkan Hyundai IONIQ 5 seperti jentera lumba.

Ciri Track SOC (state-of-charge) mengira penggunaan bateri pada setiap pusingan litar secara automatik. Satu ciri penting pada kereta sebegini adalah aspek pengurusan haba.

Fungsi N Battery Pre-conditioning mengoptimum sel bateri kepada suhu paling berkuasa atau cekap tenaga, dan boleh dipilih sebelum memandu.

Mod Drag diguna untuk lonjakan kuasa singkat, manakala mod Track mengoptimum suhu bateri serendah mungkin bagi memandu lebih jauh di litar.

Fungsi N Race memaksimumkan kereta untuk masa sepantas mungkin dan pemandu diberi pilihan Endurance bagi memaksimumkan jarak atau Sprint untuk mengutama kuasa dan lonjakan singkat dengan kuasa penuh.

Hyundai IONIQ 5 N dilengkapi sistem brek paling berkuasa , terdiri terdiri brek cakera 400mm (depan) dengan kaliper monoblok 4-piston dan cakera 360mm (belakang).

Brek dibuat menggunakan bahan ringan baharu dan laluan udara dioptimum untuk kecekapan penyejukan.

Sistem brek regeneratif berfungsi untuk menambah kecekapan tenaga ditukar bagi mempertingkat prestasi pembrekan dengan menjadi sumber utama daya brek. Brek mekanikal berfungsi sebagai pembekal daya brek tambahan apabila diperlukan yang memastikan ketahanan di litar lumba.

CIRI HYUNDAI IONIQ 5 N

Output motor
  • Depan: 166kW (224hp)
  • Belakang: 282kW (381hp)
  • Output penuh: 448kW (607hp)
  • Output lonjakan (boost): 478kW (648hp); Depan: 175 kW (236hp); Belakang: 303kW (410hp)
Bateri
  • Kapasiti: 84kWj
  • Kepantasan Mengecas: 350kW
  • Tempoh Cas: 18 minit dari 10 peratus hingga 80 peratus
Sistem Brek
  • Depan: Brek cakera 400mm dengan kaliper 4-piston
  • Belakang: Brek cakera 360mm dengan kaliper piston tunggal
  • Nyah Pecut Pembrekan Regeneratif: 0.6G (0.2G ketika pengaktifan ABS).
Prestasi
  • 0-100kmj: 3.4 saat (boost)
  • Kelajuan Maksimum: 260kmj
Casis
  • Tambahan 42 poin kimpalan dan tambahan 2.1 meter perekat badan.
  • Cagak (bushing) motor dan bateri diperkukuh, subfrem depan dan belakang dipertingkat untuk ketegaran lateral.
  • Gandar pacuan bersepadu (IDA) yang diilhamkan daripada jentera Kejuaraan Rali Dunia (WRC) yang digunakan pada bahagian depan dan belakang, serta diperkuat bagi menampung tork elektrik lebih tinggi.

Pemanduan dan Pengendalian

  • Tiang stereng diperkukuh untuk meningkatkan ketegaran.
  • Sistem N – R-MDPS (Rack-Mounted Motor-Driven Power Steering) talaan khas dengan nisbah putaran stereng lebih tinggi dan respons tujahan dipertingkat.
  • N Pedal berfungsi mengutamakan pecutan dan ketangkasan selekoh berbanding kecekapan tenaga.
  • N Drift Optimizer membantu mengekalkan sudut drift, manakala fungsi Torque Kick Drift membolehkan pemandu membuat aksi tendangan klac seperti kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) pacuan roda belakang (RWD).
  • N Torque Distribution menawarkan agihan tork depan dan belakang berbeza dan boleh dilaras 11-tahap.
  • Diferensial Gelincir Terhad elektronik, e-LSD (electronic limited slip differential) pada gandar belakang mengoptimum prestasi di selekoh dan kawalan.
  • Tambahan sensor pada roda dan saiz damper lebih besar menambah julat prestasi suspensi kawalan elekronik.
  • N e-shift berfungsi ala transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan.
  • N Active Sound+ dipadan dengan N e-shift, terdiri daripada lapan pembesar suara dalaman dan dua pembesar suara luar dengan tiga tema bunyi berbeza.
  • Tema Ignition seperti enjin 2.0L turbo N, Evolution diilhamkan daripada Hyundai RN22e dan Supersonic daripada jet pejuang dengan enjin kembar.
  • N Road Sense berfungsi menyarankan pengaktifan N Mode apabila mengesan laluan berliku untuk menikmati pemanduan (EU sahaja).

Luaran dan Dalaman

 

  • Profil 20mm lebih rendah daripada model standard, dan 50mm lebih lebar pada bahagian bawah bagi menempatkan tayar lebih lebar dan 80mm lebih panjang.
  • Bahagian depan N Mask dengan jaring, bidai dan kepak udara untuk tambahan penyejukan.
  • Lip spoiler bawah bampar.
  • Warna Luminous Orange sekeliling kit badan.
  • Rim tempa aluminium 21 inci dan tayar Pirelli P-Zero 275/35R21.
  • Spoiler N dengan difuser belakang dan liang udara membantu mengawal laluan udara dan prestasi aerodinamik.
  • Lampu brek HMSL pada spoiler.
  • Braket bampar hitam yang khas untuk model N dan grafik reflektor corak bendera.

  • Ciri dalaman N pada stereng, kerusi, pelapik alang pintu, pedal besi untuk pemanduan trek.
  • Stereng N dengan butang N untuk mod pandu dan butang N Grin Boost pada sudut jam 3.

  • Kerusi N ada sokongan (bolster) diperkukuh bagi mendakap badan pemandu ketika melayan selekoh tajam.
  • Posisi kerusi 20mm lebih rendah daripada model standard.
  • Posisi pedal dibuat mengikut sentuhan kaki di trek (oversteer, drifting dan power slides) bagi mengurangkan risiko tapak kaki tergelincir.
  • Tona dalaman hitam dengan aksen Performance Blue.
  • Warna badan Performance Blue Matte, Performance Blue, Abyss Black Pearl, Cyber Gray Metallic, Ecotronic Gray Matte, Ecotronic Gray, Atlas White Matte, Atlas White, Gravity Gold Matte dan Soultronic Orange Pearl.

BACA >>> Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!
BACA >>> Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan
BACA >>> Ini Cara Teknologi Lampu Pintar Hyundai IONIQ 6 Berfungsi, Tak Silaukan Pemandu Depan!

EV hyundai Hyundai Ioniq 5 Hyundai IONIQ 5 N Hyundai N IONIQ 5 Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.