Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai i30 Fastback N – Satu Lagi Magis Hyundai
Roda4

Hyundai i30 Fastback N – Satu Lagi Magis Hyundai

Abang HirataBy Abang Hirata29/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Hyundai dan Kia berada di bawah penguasaan sama, tetapi kedua-dua pengeluar itu mempunyai hala tuju berbeza. Kia lebih kepada kereta rakyat, manakala Hyundai pula berada sedikit atas ala Peugeot. Hyundai turut menumpukan penglibatan dalam sukan permotoran dan boleh dilihat berdasarkan penyertaan pengeluar dari Korea itu dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Jadi tidak hairan, Hyundai mempunyai divisyen prestasi dikenali sebagai N. Setakat ini pengeluar itu sudah melancarkan beberapa edisi N seperti i30 dan Veloster, serta paling terbaharu, i30 Fastback N.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N Lawan Volkswagen Golf GTI

Apa yang membezakan i30 Fastback N dengan i30 dan Veloster ialah jenis badan kereta penumpang. i30 dan Veloster memang sah berpenampilan seperti jentera prestasi berdasarkan rekabentuk badan ala hot-hatch Golf GTI dan Scirocco.

Sebaliknya i30 Fastback nampak ketara sebagai kereta famili 4 pintu. Namun, itu tidak menghalang Hyundai mengeluarkan versi N untuk model tersebut. Hasilnya cantik juga, malah tampak garang dan ditambah pula warna kelabu ala nardo grey yang memang jadi trend masa kini.

i30 Fastback N bakal ditayangkan pada Pameran Motor Paris 2018, awal bulan depan. Sebelum itu, dua model terlebih dahulu dilenjan dua pemandu handalan, iaitu pemandu rali Hyundai Motorsport, Thierry Neuville dan pelumba hebat, Gabrielle Tarquini yang beraksi di laluan mencabar di barat Denmark.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI

Perlumbaan itu ilah sebahagian penggambaran filem pendek dan mereka berdua sebenarnya dalam trip jelajah jalanan dari Rom, Itali ke Paris, Perancis.

Dalam perlumbaan berjarak 12.8km itu, Tarquini mengatasi Neuville dengan catatan masa 1 saat di depan (8:18.49). Di Eropah, i30 Fastback N ialah model prestasi kedua Hyundai selepas i30 N.  Model N pertama mendapat sambutan hangat apabila hampir 3,000 unit terjual di rantau itu sepanjang Januari hingga Jun  2018. Sebanyak 100 unit i30 N First Edition pula direbut pembeli dalam masa 48 jam (2 hari) sahaja.

2 VARIAN ENJIN


i30 Fastback N dikuasakan enjin sama seperti i30 N – 2.0L turbo dan ditawarkan dalam 2 varian enjin:

  • Standard – 246hp, 6.4 saat (0-100kmj)
  • Performance  – 271hp, 6.1 saat (0-100kmj)

Kedua-dua enjin memiliki tork 353Nm dan meningkat kepada 378Nm menerusi fungsi pendesak atau overboost dengan kelajuan maksimum 250kmj. Sebagai kenderaan penumpang sejati, i30 Fastback N memiliki kapasiti but seluas 450 liter dan jika dibaringkan kerusi belakang, konfigurasi ruang muatan barang meningkat kepada 1,351 liter.

GALERI
fastback hyundai Hyundai i30 Fastback N Hyundai N Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.