Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Elevate – Model Konsep Kenderaan Penyelamat Bencana Alam
Auto Terkini

Hyundai Elevate – Model Konsep Kenderaan Penyelamat Bencana Alam

Han OthmanBy Han Othman13/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI memperkenalkan model konsep kenderaan penyelamat bencana alam, Elevate pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019, di Las Vegas yang mampu memudahkan pihak berkuasa melakukan misi bantuan dan kerja menyelamat.

Model konsep digelarkan Kenderaan Mobiliti Muktamad (UMV) itu direka dengan jarak kelegaan tanah tinggi yang mampu melepasi pelbagai halangan rupa bumi, sekali gus dapat mengubah tanggapan umum mengenai kenderaan penyelamat konvensional yang sama fungsi seperti kenderaan penumpang lain.

BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin

Menurut Hyundai, Elevate (atau ‘Kereta Berjalan’) sememangnya direka untuk melakukan misi menyelamat dengan teknologi yang disepadukan dalam kereta elektrik dan robot masa depan.

Naib Presiden dan Ketua Hyundai CRADLE, John Suh berkata, apabila tsunami dan gempa bumi melanda, kenderaan penyelamat sekarang hanya boleh hantar responder pertama di sempadan kawasan bencana. Selebihnya perlu diakses dengan berjalan kaki.

“Elevate boleh dipandu ke tempat kejadian dan meredah timbunan serpihan atau runtuhan konkrit,” katanya.

BOLEH BERTUKAR BENTUK

Elevate juga mempunyai kemampuan bertukar kepada bentuk fizikal berbeza. Kaki robotik bebas bergerak dalam sudut 5º yang dipacu teknologi aktuator elektrik. Kaki kenderaan itu juga boleh digerakkan dalam sebarang arah dan mampu memanjat dinding menegak setinggi 5 kaki, dan pada masa sama mengekalkan posisi badan kenderaan dan penumpang dalam kabin. Kaki Elevate juga boleh dilipatkan apabila pengguna menukar kepada mod pandu yang menjadikan ia jentera rupa normal

BACA >>> Albert Biermann – Orang Kuat i30 N dan Stinger Kini Dilantik Ketua R&D Hyundai-Kia!

Konsep Hyundai Elevate ini cuba berkongsi idea tentang beberapa kemungkinan bagaimana kenderaan penyelamat dan mencari boleh berkembang menjadi jentera yang cekap. Karakteristik yang disatukan dalam konsep Elevate nampak meyakinkan dan cukup membantu, terutama kepada pihak berkuasa yang terbabit secara langsung dalam misi menyelamat.

GALERI

SUMBER: CarMudi

Hyundai Elevate Hyundai Model Konsep John Suh Kenderaan Penyelamat Kenderaan Penyelamat Bencan Alam model konsep Pameran Elektronik Pengguna (CES) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.