Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Elantra N TCR Edition 2025 – Dari Trek Lumba Jadi Model Jalanan untuk Semua
Roda4

Hyundai Elantra N TCR Edition 2025 – Dari Trek Lumba Jadi Model Jalanan untuk Semua

Abang HirataBy Abang Hirata18/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAN prestasi daripada jenama kebanyakan tidak lagi semeriah dahulu. Pengeluar hari ini lebih menumpukan kepada hatchback dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Begitu juga dalam sukan rali, tetapi model sebegini masih boleh ditemui dalam kejuaraan lumba touring. Hyundai mempunyai produk, sama ada model jalanan seperti Elantra N untuk pelanggan awam dan Elantra N TCR yang bersaing di litar lumba.

Jika Elantra N tidak cukup, Hyundai Elantra N TCR Edition atau Avante N TCR Edition baru saja diperkenalkan di Korea Selatan untuk pembeli awam.

Sedan prestasi tinggi ini membawa DNA sukan permotoran Hyundai yang dapat dilihat pada spoiler tinggi di belakang.

Hyundai sudah lama bersaing dalam kejuaraan dunia Touring Car Racing (TCR) World Tour sejak 2017. Berbekalkan pelbagai kemenangan dan pengalaman, sejumlah komponen prestasi dibangunkan untuk model ini.

Paling jelas spoiler leher angsa karbon boleh laras untuk mendapatkan daya mendap optimum. Keempat-empat sudut roda dipasang rim tempa ringan N TCR 19 inci yang dipadan bersama brek cakera dengan kaliper 4-piston N Performance.

Bagi pasaran Korea Selatan, model ini lebih istimewa dengan grafik badan TCR Edition. Unit Elantra N TCR lebih garang dengan fender kembang dan bibir bampar depan, tetapi lebih sesuai untuk kegunaannya di litar lumba berbanding TCR Edition.

Bahagian dalaman dilengkapi stereng ala lumba dengan kemasan Alcantara dan penanda atas Performance Blue, tali keledar juga dalam warna Performance Blue serta logo eksklusif TCR Edition.

Hyundai tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai trenkuasa, tetapi carian di laman web Hyundai N menunjukkan sedan ini kekal dengan enjin 2.0L turbo GDI yang dipadan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau dual-klac (DCT) N DCT 8-kelajuan.

Output kuasa 280ps dan tork 392Nm, sama seperti Elantra N yang bermakna tiada perubahan pada enjin sedia ada.

Hyundai Elantra N diperkenal pada 2021 dan model rupa baharu mengambil giliran pada 2023. Beberapa perubahan dibuat seperti gaya depan dan belakang, termasuk lampu besar, saluran penyejukan, mounting enjin, komponen stereng dan suspensi, perisian suspensi kawalan elektronik, rim lebih ringan, saluran brek dan perisian kawalan stabiliti elektronik.

Hyundai merancang memperkenalkan Avante N TCR Edition di Korea Selatan pada Disember ini sebelum menyusul ke pasaran antarbangsa menjelang 2025.

Hyundai Elantra N TCR Edition 2025
Hyundai Elantra N 2024 Amerika Syarikat
hyundai Hyundai Elantra Hyundai Elantra N Hyundai Elantra N TCR Edition Roda4 Sedan Prestasi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.