Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia
Auto Terkini

Hyundai Bakal Hasilkan Beg Udara Boleh Mengembung Banyak Kali, Pertama di Dunia

Han OthmanBy Han Othman22/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI membangunkan beg udara multirempuhan pertama dunia yang akan digunakan model-model Hyundai dan Kia dalam beberapa tahun akan datang

Berdasarkan maklumat daripada Sistem Persampelan Automotif Kebangsaan (NASS) mengenai Sistem Data Perlindungan Rempuhan (CDS) di Amerika Syarikat (AS), tiga daripada 10 perlanggaran ialah melibat rempuhan sekunder dengan objek lain.

BACA >>> Beg Udara Luaran Mampu Kurangkan Impak Kemalangan Teruk Hingga 40 Peratus

BEG UDARA MENGEMBUNG DUA KALI?

Justeru pasukan jurutera Hyundai membangunkan beg udara multirempuhan (multi-collision) dengan sensor yang direka untuk memantau kedudukan pemandu dan penumpang selepas perlanggaran dan peringkat awal beg udara mengembung, dan jika diperlukan, beg udara itu akan mengembung lagi apabila berlaku impak kedua.

Perincian mengenai inovasi itu masih samar, tetapi menurut Hyundai, idea yang mahu dilakukan ialah intensiti awal beg udara akan dikalibrasikan semula bagi membolehkan ia dikembungkan semula sekiranya diperlukan.

Ketua Pusat Teknologi Casis di Hyundai Motor Group, Taesoo Chi berkata, peningkatan prestasi beg udara dalam senario multirempuhan secara tidak langsung akan memberikan penambahbaikan ketara terhadap aspek keselamatan pemandu dan penumpang.

“Kami akan menerusikan kajian terhadap lebih banyak situasi perlanggaran sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menghasilkan kenderaan lebih selamat yang melindungi penumpang dan mengelak kecederaan,” katanya.

SUMBER: PracticalMotoring

Auto Terkini beg udara Beg Udara Multirempuhan hyundai Hyundai Motor Group Multi-Collision Airbag Sistem Persampelan Automotif Kebangsaan (NASS) Taesoo Chi teknologi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.