Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Husqvarna Norden 901 (2022) Lancar, Harga Mula RM57.9k
Roda2

Husqvarna Norden 901 (2022) Lancar, Harga Mula RM57.9k

WahidBy Wahid01/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUSQVARNA Norden 901 (2022)
dilancarkan selepas prototaip model itu ditayangkan buat julung kali di Pameran Motosikal Milan (EICMA) dua tahun lalu.

Walaupun Husqvarna kini berada di bawah KTM, tetapi pengeluar asal Sweden itu berjaya memperkenalkan jentera yang jauh berbeza berbanding barisan famili KTM seperti 890 Adventure dan 790 Adventure.

BACA >>> Naked Bike Elektrik Gaya Konvensional, Husqvarna E-Pilen Bakal Debut 2022

Malah Norden 901 menawarkan beberapa ciri tersendiri, kecuali trenkuasa sama yang berkongsi dengan 890 Adventure. Model itu lebih cenderung kepada tunggangan off-road seperti 890 Adventure R, berbanding model 890 Adventure standard.

BACA >>> Husqvarna Vektorr – Skuter Elektrik Konsep yang Bakal Lancar Tahun Depan
BACA >>> KTM 890 Adventure R (2021) Serba Baharu Lancar

Berikut ciri Norden 901 (2022):

  • Rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang) yang dibalut tayar Pirelli Scorpion Rally STR.
  • Suspensi depan dan belakang menggunakan unit WP APEX dengan jarak travel 215mm(depan) dan 200mm (belakang).
  • Jarak lega bumi 252mm.
  • Dijana enjin dwi-silinder sebaris LC8c 899cc penyejukan cecair berkuasa 103hp.

  • Menampilkan panel meter TFT, juga yang pertama dipsangkan pada model Husqvarna.
  • Ada empat mod enjin: RAIN, STREET, OFF-ROAD dan opsyen EXPLORE.
  • Dilengkapi ciri Quickshifter untuk anjakan gear atas dan bawah, tanpa perlu menggunakan klac. Juga ada ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Ada sistem kawalan traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci Selekoh (ABS Cornering).
  • Siap dipasangkan lampu sorot (spotlight) LED.
  • Kapasiti tangki petrol 19 liter untuk tunggangan sejauh 400km, terletak di tepi bawah engin seperti KTM 790 Adventure dan 890 Adventure.
  • Berat kering 204kg.

BACA >>> KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k
BACA >>> Mungkinkah ini Rupa KTM RC390 (2022) Serba Baharu?

Seperti anda lihat di atas, Norden 901 (2022) lebih tinggi untuk tunggangan off-road. Jadi, model ini sesuai buat penunggang yang suka mengembara atau menjelajah ke mana-mana destinasi sama ada menempuh kesesakan bandar atau meredah permukaan tanah berselut, lumpur dan berbukit-bukau.

Model ini juga layak menyertai mana-mana acara sukan off-road seperti Rimba Raid!

Norden 901 (2022) dijual pada harga AS$13,999 (RM57,970), dan semstinya  jadi lebih mahal jika dibawa masuk ke Malaysia nanti

Husqvarna Husqvarna Norden 901 (2022) motosikal advencer roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.