Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Hummingbird – Basikal Lipat Paling Ringan di Dunia, Harga RM19.3k
Roda2

Hummingbird – Basikal Lipat Paling Ringan di Dunia, Harga RM19.3k

Abang HirataBy Abang Hirata06/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda perasan, pengeluar automotif dan basikal seakan ada hubungan istimewa. Boleh dikatakan kebanyakan pengeluar utama dunia mempunyai jenama basikal sendiri. Lama dahulu, Proton mengeluarkan jenama basikal T-Bolt yang ketika itu dunia kayuhan masih bukan jadi trend hangat macam sekarang.

Dahulu, jika mengayuh basikal sambil menyarung helmet pun boleh jadi bahan lawak, atau nampak pelik. Sekarang semua sudah berubah, penunggang berumur pun sudah biasa dilihat mengayuh basikal, yang lengkap aksesori keselamatan, dengan menjelajah puluhan dan ratusan kilometer setiap minggu.

HUMMINGBIRD

Ini pula basikal dibina firma bukan calang-calang, iaitu Prodrive yang bukan basikal jalanan (road bike) atau basikal bukit (mountain bike), tetapi basikal lipat (folding bike). Hummingbird dikatakan basikal lipat paling ringan di dunia yang seberat hanya 6.9kg.

Walaupun hanya sebuah basikal, projek tersebut bukan mudah atau sekadar diserahkan kontrak kepada pengeluar OEM. Buktinya, Prodrive sendiri mengambil masa lebih 18 bulan untuk menghasilkan Hummingbird. Tambahan lagi, itu ialah projek pertama Prodrive dalam industri basikal.

Hummingbird dikatakan berjaya menetapkan standard baharu dalam pembuatan basikal lipat. Selain berat kurang 7kg, basikal tersebut cuma ada tiga cara lipatan yang boleh disempurnakan dalam masa lima saat!

Rekod tersebut bukan saja menjadikan Hummingbird basikal paling ringan, tetapi juga paling pantas dilipat di dunia. Faktor fizikal badan ringan itu turut disumbangkan frem gentian karbon ultra ringan buatan tangan Prodrive Composites yang berlokasi di Milton Keynes. Malah, selain apa disebutkan di atas, yakni ringan dan pantas dilipat, Hummingbird juga menampilkan rekabentuk berbeza berbanding basikal lipat lain di pasaran.

BACA >>> BMW M Bike Limited Carbon Edition – Basikal Khas untuk M5 (RM7,010 Sahaja)

BASIKAL MASA KINI KURANG MENARIK

Individu di sebalik rekaan hebat Hummingbird diilhamkan Petre Craciun, iaitu seorang pereka dari London yang gemar mengayuh basikal. Idea membangunkan basikal tersebut tercetus apabila beliau mendapati basikal lipat yang ada di pasaran masa kini semacam kurang menarik dan berat.

Faktor tersebut mendorong Craciun merekabentuk basikal lipat sendiri. Pada awal 2016, beliau mengambil inisiatif menghubungi Prodrive untuk memperhalusi rekaan basikalnya. Ini termasuk mengoptimumkan pemanduan dan pengendalian selain membina frem karbon supaya dapat dihasilkan dalam jumlah pengeluaran besar dan dapat dijual ke peringkat global.

Jurutera Prodrive kemudian melakukan pelbagai peringkat pembangunan bagi menyempurnakan basikal berkenaan dengan menggunakan perisian rekabentuk dan analisis khas bagi mengoptimumkan kekuatan dan pada masa sama mengurangkan berat basikal. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti dilakukan projek pembangunan kereta lumba dan rali.

Hasilnya basikal ini lulus dalam ujian keselamatan ISO ketika pertama kali diuji.

BACA >>> Perkhidmatan Basikal Elektrik Uber Bakal Tembus Eropah, Bermula di Jerman

KUSTOM IKUT TEMPAHAN

Selain aspek pembuatan tangan dan dihasilkan di ibu pejabat Prodrive di Banbury, setiap frem Hummingbird memuatkan nombor siri tersendiri dan ditawarkan dalam empat warna, termasuk kemasan gentian karbon.

Basikal lipat Hummingbird juga dilengkapkan dua opsyen gear, tunggal atau 4-kelajuan. Menariknya, Prodrive turut menguji versi elektrik yang bakal dipasarkan tahun hadapan. Malah, setiap pembuatan basikal Hummingbird bukanlah boleh dibeli begitu saja kerana basikal itu dihasilkan mengikut tempahan.

Harga permulaan bermula £3,495 (RM19,313).

BACA >>> #Videotomotif: Kayuhan Penunggang Basikal Gunung Ini Pasti Bikin Dada Anda Berdebar

SUMBER: HummingbirdBike

basikal lipat basikal lipat Hummingbird Prodrive roda2 The Hummingbird
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.