• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Winner 150 Masuk Malaysia Tahun Ini?

Honda Winner 150 Masuk Malaysia Tahun Ini?

April 8, 2016 By Abang GYL 28 Comments

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Winner 150JIKA Honda Winner 150 masuk ke pasaran Malaysia, kami yakin ia akan menjadi motosikal moped kegilaan ramai. Mana tidaknya, model moped ini memiliki rekaan yang menarik selain memiliki kapasiti enjin 150cc.

Namun itu hanya andaian selepas melihat Honda Vietnam (HVN) memperkenalkan Honda Winner 150 pada acara Vietnam Motorcycle Show 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh City.

BACA: Boon Siew Sah Bawa Masuk Honda MSX125 Tahun Ini

Honda Winner 150    Honda Winner 150

Dari aspek prestasi, Honda Winner 150 dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).

Spesifikasi ditawarkan agak menarik menerusi kehadiran brek cakera pada kedua-dua roda dan monoshock.

Honda Winner 150Persoalannya? Adakah ini model moped 150cc yang dikhabarkan akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini? Jika ya, ia pasti akan mengejutkan Yamaha Y15ZR dari tidur yang 'lena'. Maklum la, motor laku sehinggakan digelarkan 'barang panas'.

Yang pasti, ia pasti menjadi penantian peminat moped dan mari kita sama-sama tunggu. Honda Winner 150, jumpa anda di Malaysia.

SPESIFIKASI:

Honda Winner 150

ENJIN Suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC
KUASA MAX 15.4hp @ 9,000rpm
TORK MAX 13.5Nm @ 6,500rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
KAPASITI TANGKI 4.5L
BERAT 122KG

Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150
Honda Winner 150

FOTO Tinhte.VN

Related

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda MSX125, Honda Supra, Honda Vietnam, Honda Winner 150, Kapcai, Moped, motosikal, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. Endy says

    April 19, 2016 at 7:22 PM

    Design teruk...cam robot! X boleh lawan yamaha...tertunggu2 gak HONDA kuar motor moped power n rekabentuk ranggi...aptb! Dah mengarut HONDA ni lelama. Menyampah-sampah! Tolong r bg tau HONDA.

    Reply
    • Samdol says

      April 26, 2016 at 3:11 PM

      Yg ko sakit hati sgt ngan honda tu knape...??? Hihihi..kn lawa tu honda winner 150 tu...ke ko menyesal agkat awl y15r tu haahahha

      Reply
      • Ali says

        May 4, 2016 at 8:01 AM

        Aku tgk ok ja honda winer ni,bg aku lg rare dr y15zr,cpt la,kluaq,sng nk pg deliver stock brng...

        Reply
        • ABG GYL says

          May 4, 2016 at 9:46 AM

          Abg pula bagi maid beli sayur beb. Haha

          Reply
      • Aris Param says

        November 30, 2016 at 1:24 AM

        Endy menyesal la tu... dia tertarik dgn kehebatan honda tapi apakan daya sudah beli Y15ZR... Dia x nak org lain lg hebat pada dia sbb tu dia tulis mcm tu.. Dia nak jual Y15ZR nak ambil honda x blh sbb hutang Y15ZR x habis bayar lagi.. Aku bersimpati dgn nasib kau Endy. 🙁 :'(

        Reply
    • zikri says

      June 1, 2016 at 9:33 AM

      ape yg mcm robot nyer.. design dia lebih kurang yamaha y15zr jer., honda sonic plak design mcm belangr..
      awak mesti peminat tegar yamaha..

      tahun 2009 penah buat review fz150i, belangr, cbr 150.
      top cbr 150 yang pegang. tapi untuk honda winner ni tak tahu lah walaupun dia pakai engine cbr 150 tapi size block dan piston dah lain.

      Reply
    • kutu says

      October 7, 2016 at 10:55 AM

      menyesal kalau amik yamaha y15zr

      Reply
    • cheff says

      October 21, 2016 at 10:34 AM

      nyesal la sapa amik Y15ZR..lima gear ja...haha

      Reply
  2. Paduka Iskandar says

    May 26, 2016 at 8:40 PM

    Salam, Honda Winner nie dah masuk ke belum dalam Malaysia? caranya memula nak try Yamaha Y15ZR tp paling berkenan dengan honda sebab gabai sikit bodi dia sesuai bagi kami yg badan besaq2 nie naik xla pelik sangat kan? kalau ada info bagi tau ok??

    Reply
    • ABG GYL says

      May 26, 2016 at 9:04 PM

      Buat masa ini belum masuk lagi. Tapi dengar info akan masuk tak lama lagi. Ada info terbaru abang akan upload dalam pandulaju.

      Reply
  3. Ajri says

    May 28, 2016 at 2:53 PM

    Honda best sbb tahan enjin dia, dr segi bentuk xpe kita boleh make up cat baru ke stiker baru ke, honda wave 125 aku pn masih berjalan lg, siap naik cameron highland lg

    Reply
  4. hati mati says

    May 31, 2016 at 12:05 AM

    Saya berminat Honda 150 ni harap cepat la masuk Malaysia...

    Reply
    • Sultan says

      July 8, 2016 at 4:01 AM

      Betol betol betol..
      Capat lah masuk malaysia ni

      Reply
      • ABG GYL says

        July 9, 2016 at 2:30 AM

        Memang dah masuk Malaysia bro. Cuma belum OTR jer...

        Reply
  5. zikri says

    May 31, 2016 at 6:09 PM

    lepas ni laju la orang cari block dengan piston CBR 150 nk masok kat honda winner ni. sbb cbr 150 lagi power main kat RPM tinggi

    honda winner 57.3 x 57.8 mm
    honda CBR 150 63.5 mm × 47.2 mm

    Reply
    • ABG GYL says

      May 31, 2016 at 6:17 PM

      Haha. Ada betul tu !!!

      Reply
  6. Manta says

    June 3, 2016 at 4:05 AM

    rim enkei katanye..

    Reply
  7. Fiq says

    June 5, 2016 at 4:20 PM

    Boleh tahan lah body dia ok sikit drpda yamaha y15zr

    Reply
  8. nmoktar says

    June 9, 2016 at 10:43 PM

    Salam, saya menunngu honda bawak masuk jentera 150 ne.nak gandingkan denga jentera lama saya ex5 tahun 1997 tiada banyak masalah sejak pakai,harap2 tak banyak masalah jentera 150 ne.bagus jugak honda bawak masuk jentera ne tak lah di monopoli jentera yamaha sejak kebelakangan ne.bolih harga sekmen 150 ne turun sikit,, tak lah melantun hargannya mcm skg, nak pakai ge keja je pun, dah lah tol mahal he he he,kita nantikan kemunculanya..

    Reply
  9. nmoktar says

    June 9, 2016 at 10:47 PM

    Yttfff

    Reply
  10. Moktar says

    June 9, 2016 at 10:57 PM

    Salam.ok gak honda bawak masuk jentera 150 ne, bagi turun siket harga sekmen 150 yg dimonnopolli yamaha skg ne.nak pakai ge keja je pun.

    Reply
  11. Moktar says

    June 9, 2016 at 11:05 PM

    Sorry 2 3 kali tess ingatkan tak masuk maaf ya.

    Reply
  12. Syahrizan says

    June 13, 2016 at 4:34 PM

    Saya rasa Honda ni lagi cantik drpd y15 zr.

    Saya bangga ngn Honda sbb enjin tahan,Saya ada sebijik Honda Wave block 56,Carbueretour Ts mikuni,cam uma,class tangan, jet pin.

    Sampai skrang enjin dia tahan.

    Reply
  13. Terrey says

    July 28, 2016 at 5:22 PM

    Honda is the best...yahooo 150 is coming

    Reply
  14. Ab Sukor Akup, DBKL says

    August 3, 2016 at 5:46 PM

    hahaha...nasib baik pakcik bukan mudo lai....

    Reply
  15. unknown says

    August 7, 2016 at 7:44 PM

    Tumpang tanya.....penang area mana dh kluar moto nieee???

    Reply
  16. Mono EX5 says

    August 14, 2016 at 6:05 PM

    Moga2 kita sebagai pengguna ada banyak pilihan pasni.

    Reply
  17. will says

    December 6, 2016 at 5:28 PM

    Mcm tertarik pula hatiku dengan capasity enjin 150cc Honda baru ini aku dah amik wave dash repsol 110 tpi masih kurang Best lagilah teringin nak yang satu ini tapi duit nak kumpul lagi hmmm..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev