Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Transalp Muncul Kembali, Bakal Jadi Africa Twin Mini?
Auto Terkini

Honda Transalp Muncul Kembali, Bakal Jadi Africa Twin Mini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERITA Honda sedang bersiap sedia melancarkan model dual-sport baharu dengan nama Transalp semakin hebat diperkatakan.

Sebenarnya, perkembangan tersebut sudah berlarutan bertahun-tahun lama, tetapi kembali hangat diperkatakan selepas pengeluar automotif itu dikesan mendaftarkan semula nama Transalp di pejabat pendaftaran tanda dagang Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Mula Main Motosikal Off-Road? Ikut 4 Tip Ini

Honda Transalp (1987)

Buat masa ini Honda sudah ada beberapa barisan produk dual-sport seperti CRF250 Rally, CRF1000L Africa Twin hingga CRF1100L Africa Twin, dan turut bersaing dalam kejuaraan Rali Dakar. Jadi apa sebenarnya cerita Transalp?

Transalp mungkin agak asing bagi peminat motosikal Malaysia, tetapi model itu sebenarnya dihasilkan seawal 80-an. Generasi pertama diperkenalkan pada 1986 dengan trenkuasa V-Twin yang menggunakan kod enjin XL, termasuk beberapa siri seperti 400V hingga 700V.

Transalp XL650V
Transalp XL700V

Generasi baharu diperkenalkan pada 2000 dengan nama Transalp XL650V, manakala versi dipertingkat XL700V tiba lapan tahun kemudian, iaitu pada 2008.

Ada pendapat mengatakan Transalp mungkin mengikuti jejak langkah Africa Twin sebagai model yang dijana enjin biasa tanpa menekankan aspek penggunaan komponen elektronik canggih.

Malah, Honda hingga kini masih mahukan Transalp dengan memperbaharui tanda dagang jenama itu selama beberapa tahun di AS, Australia, Jepun dan Eropah walaupun sudah dihentikan pengeluaran sejak 2012.

BACA >>> Honda Bangunkan Enjin Supercas V-Twin untuk Motosikal?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Model Translap baharu khabarnya akan menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 750cc dengan transmisi dual-klac (DCT), sama seperti Honda NC750 dan X-ADV.

Translap juga dikatakan dibikin untuk tunggangan off-road kerana Honda kini sudah ada sekurang-kurangnya tiga model dual-sport jalanan, iaitu CB500X, NC750 dan X-ADV.

Jadi, kita perlu menunggu pengumuman Honda sama ada pengeluar itu benar-benar mahu mengembalikan Transalp ke pasaran atau sekadar memperbaharui tanda dagang jenama itu supaya tidak dicuri pesaing.

BACA >>> Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k
BACA >>> Pando Moto Lancar Jeans Baharu dengan Material Lebih Kuat daripada Besi
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

SUMBER: IwanBanaran

Honda Adventure Transalp Honda NC750 Honda Transalp Honda X-ADV roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.