Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda RS150R V2 Masuk Malaysia Akhir Tahun Ini? Jeng Jeng Jeng…
Auto Terkini

Honda RS150R V2 Masuk Malaysia Akhir Tahun Ini? Jeng Jeng Jeng…

Abang GYLBy Abang GYL18/07/201914 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Winner X atau lebih dikenali Honda RS150R V2 terus menjadi bualan peminat permotoran 2-roda sejak ia dilancarkan secara rasmi di Vietnam, sekaligus menjadikan ia negara Asean pertama menerima moped itu.

Antara soalan yang paling ramai bertanyakan kepada kami ialah, bila nak masuk Malaysia? Kalau jadi masuk harga Yahudi tak?

Kami ada berita baik untuk anda. Ya, kami dimaklumkan Honda RS150R V2 bakal masuk Malaysia tidak lama lagi. Mungkin penghujung tahun atau awal 2020.

Perkara itu telah dimuat naik oleh salah seorang ahli Kelab Komuniti di laman Facebook Honda RS150R Malaysia (Official). Walaupun jawapan diberikan itu bukan daripada milik Facebook rasmi Boon Siew Honda, namun ia ada menyatakan HQ (Ibu Pejabat) memaklumkan akan diperkenalkan tak lama lagi.

Jadi, kami anggap berita ini mungkin benar. Apa yang pasti,  Honda RS150R V2 bakal menerjah pasaran Malaysia, cuma bila kami belum ada jawapan. Pada masa sama, kami akan cuba dapatkan jawapan daripada sumber terdekat.

BACA >>> Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)

REKABENTUK LEBIH MASKULAR

Bagi pasaran Vietnam, Honda Winner X menampilkan rekabentuk serba baharu sepenuhnya yang mengundang pelbagai komen daripada kalangan peminat Honda sendiri, termasuk peminat kapcai semalaysia.

Rata-rata komen berkisar tentang rekabentuk baharu super moped tersebut yang tampil lebih maskular dan tegap berbanding model sebelum ini.

Dari depan, Honda Winner X jelas dipengaruhi rekabentuk Air Blade 125 dan Vario 150, yang mana lampu utama dialihkan dari panel kepala ke fairing dada.

Lampu signal depan juga berubah lebih kompak dan tirus, mengambil ilham rekabentuk lampu signal model sportbike, CBR150R. Walaupun kekal capang, tetapi rekabentuk sporty ini mungkin sedikit sebanyak dapat dikompromi peminat kapcai Malaysia.

BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

ADA BREK ABS

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ialah pembaharuan paling utama ditampilkan Honda. Jika diperkenalkan di Malaysia, Winner X akan menjadi super moped pertama dilengkapkan ABS dan pasti menjadi penanda aras baharu untuk ciri keselamatan motosikal segmen ini.

Bagaimanapun brek biasa masih ditawarkan untuk varian paling standard, tetapi diberikan Sistem Brek Kombi (CBS) yang berfungsi mengaktifkan brek belakang secara automatik apabila tuil brek ditarik kuat.

Sistem kaliper brek kekal dengan 1-piston dan begitu juga suspensi jenis fork teleskopik, manakala brek cakera menggunakan jenis petal atau berbunga untuk gaya lebih sporty. Madgad lebih gemuk, tetapi rekaan rim masih sama dan ini mungkin sedikit mengecewakan.

Selain itu, kluster meter Winner X lebih melebar dengan ciri digital penuh dan latar hitam berbanding bentuk bulat dan kombinasi digital-analog pada model terdahulu.

Reka letak maklumat disusun sebaris dan mendatar yang kini lebih mudah dibaca. Angka spidometer terpapar besar di sisi indikator gear di tengah skrin.

Apapun, sama-sama kita nantikan kehadiran Honda RS150R V2 ke Malaysia tak lama lagi. Persoalan lebih penting, manakah yang lebih mantap. Adakah Honda RS150R V2 atau Yamaha Y15ZR V2.

BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas

GALERI

Honda Winner X
Honda RS150R
2019 Honda RS150R V2 Harga Honda RS150R V2 Honda RS150R V2 Honda RS150R V2 Malaysia Honda Winner X y suku Yamaha Y15ZR VS Yamaha Y15ZR VS Honda RS150R V2 Yamaha Y15ZR VS Honda Winner 150
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026

14 Comments

  1. Fakhrul on 20/07/2019 13:14

    CBR250RR dah 2 tahun keluar di Indonesia. Rasanya berita nak masuk Malaysia ada pernah baca.

    Reply
  2. Amirul on 14/08/2019 22:58

    Mungkin model ni tak masuk malaysia mcam yamaha r3

    Reply
  3. Syam on 12/09/2019 20:28

    Kalau boleh kasi keluar awal sikit la

    Reply
  4. Lone Rider on 20/09/2019 14:41

    cb150 exmotion bila lagi?

    Reply
  5. Caer on 26/09/2019 20:58

    Aku nak keluar motor baru hujung tahun ni. kasi la keluar awal sikit. JPJ pun jgn la nak strict sgt.

    Reply
  6. Anuar bashah on 28/09/2019 20:15

    Alhamdulilla aku nak keluar motor baru hujung tahun ini… Kasi keluar awal sikit la honda RS 150R V2 ini…harap honda V2 ini tak ada masalah mcm honda RS 150 R yg lama… Ada kawan kata Gear box dia ada bungi bila nak tukar gear 3 ke 2 atu 1…..so check betul2 honda jangan ada masalah lain sebab saya nak beli 1 ok….

    Reply
  7. Atoi on 06/10/2019 21:45

    Kasi keluar cepat sikit laa..
    Bukan apa, takut tukar fikiran ke model lain lak…

    Reply
  8. Krolzy on 01/11/2019 20:24

    cbr 150 masuk x kt MALAYSIA

    Reply
  9. Faez on 17/11/2019 20:40

    X keluar rs 150 v2 aku beli kawasaki 250 4in line…

    Reply
  10. taqiruddin on 24/11/2019 19:17

    lawa bosss

    Reply
  11. minat kx on 12/01/2020 20:07

    bukan winner x tp v2 model yg sama meter dan tiada starter tendang lampu blakang lain

    Reply
  12. NIZAM BIN MOHAMED on 14/05/2020 14:08

    masukuan awal untuk v2 ke malaysia

    Reply
  13. Addy on 01/11/2020 03:30

    X cntik

    Reply
  14. viviwong on 06/03/2021 12:22

    facebook,com

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.