• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Rebel 1100 (2023) Masuk Pasaran Filipina, Harga RM51.5k! Malaysia Bila Lagi?

Honda Rebel 1100 (2023) Masuk Pasaran Filipina, Harga RM51.5k! Malaysia Bila Lagi?

April 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS dilancarkan di pasaran Thailand dua tahun lalu, kini giliran Filipina menerima Honda Rebel 1100 (2023). Motosikal itu diperkenalkan kepada umum pada harga 650,000 peso (RM51.205) pada Pameran Motor Makina 2023.

Dari segi rupa, Honda Rebel 1100 (2023) tampak mirip Honda Rebel 500 di Filipina (tiada di Malaysia), tetapi perbezaan ketara semestinya enjin digunakan.

Honda Rebel 1100 (2023) menggunakan enjin kembar selari 1,083cc Parallel Twin SOHC penyejukan cecair yang dipadankan transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan dengan ciri klac anti gelincir.

Honda Rebel 1100 (2023) juga padat dengan ciri canggih lain seperti kawalan jelajah dan terotel eleltronik throttle-by-wire.

Pengendalian mentap dengan pusat graviti (CoG) rendah dan berat solid menerusi penggunaan komponen berat seperti aci engkol (crankshaft).

Frem keluli dan rim aluminium meningkatkan lagi keupayaan pengendalian, manakala brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) memberikan prestasi henti terbaik.

Secara keseluruhan, Honda Rebel 1100 (2023) serba baharu ini layak menjadi cruiser prestasi untuk penunggang yang mahukan  gaya dan kualiti.

Di Filipina, Honda Rebel 1100 (2023) ditawarkan dalam dua pilihan warna: Gun Metal Black Metallic (hitam) dan Iridium Gray Metallic (kelabu).

Buat masa ini, pengedar motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) masih tidak membawa masuk mana-mana model Rebel ke pasaran Malaysia.

BACA >>> Wuling Serpol No 1 (2023), Cruiser Klon Honda Rebel dengan Fairing
BACA >>> Honda Rebel 500 (2023) Lancar di Eropah dengan Tambahan Varian Baharu

SUMBER: MotoPH

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023 Makina Moto Show, Filipina, Honda Rebel 1100 (2023), Pameran Motor Makina (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev