Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]
Auto Terkini

Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) secara rasmi mengumumkan tiga model baharu yang bakal tiba ke pasaran Malaysia tahun ini sempena pembukaan pusat servis dan bilik pameran motosikal berkuasa tinggi pertama jenama itu, Honda BigWing. Model-model itu disahkan sebagai skuter advencer X-ADV, dual-sport Africa Twin dan naked bike CB1000R.

Bagaimanapun,ketiga-tiga model itu masih belum rasmi dijual di pusat jualan dan hanya akan diperkenalkan secara berperingkat. CB1000R juga tidak ditayangkan.

BACA >>> Pratonton 3 Model Honda Esok – X-ADV, African Twin dan CB1000R! (Sabar Naa…)

Tahun lalu BSH awal lagi sudah memberitahu tentang pelancaran 10 produk baharu tahun ini. Kini selepas tiga model diumumkan, peminat dua roda tempatan perlu menunggu baki model lain, terdiri daripada model bersesaran kecil dan besar, termasuk model baharu dan versi dipertingkat (facelift).

Tiga model baharu itu juga disahkan sebagai versi import sepenuhnya (CBU) dari Jepun Berikut ringkasan tentang model-model tersebut yang perlu anda ketahui:

SPESIFIKASI ASAS

  • HONDA X-ADV: Enjin SOHC L2, 745cc dengan sistem penyejukan cecair; Transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan; Kuasa maksimum 54hp @ 6,250rpm; Tork maksimum 68Nm @ 4,750rpm.
  • HONDA AFRICA TWIN: Enjin 998cc Parallel Twin Unicam; Transmisi 6-kelajuan MT constant mesh atau 6-kelajuan DCT dengan mod off-road / jalanan; Kuasa maksimum 95hp @ 7,500rpm; Tork maksimum 99Nm @ 6,000rpm.
  • HONDA CB1000R: Enjin 998cc DOHC 4-silinder; Transmisi 6-kelajuan; Kuasa maksimum 143hp @ 10,500rpm; Tork maksimum 104Nm @ 8,250rpm.

HARGA & TARIKH PELANCARAN RASMI

  • X-ADV: Bawah RM70,000 (sekitar Mei depan)
  • CRF1000L Africa Twin Adventure Sport: Bawah RM90,000 (sekitar Mei depan) | CRF1000L Africa Twin: Bawah RM80,000 (sekitar Mei depan)
  • CB1000R: Bawah RM90,000 (sekitar Jun depan)

INFO SEKILAS PANDANG

1. HONDA X-ADV

Sebagai skuter advencer, bahagian enjin menggunakan komponen berteknologi tinggi supaya sepadan profil skuter dengan kemampuan meredah laluan ekstrem. Walaupun cuma jentera automatik, tetapi trenkuasa skuter ini dipacu rantai seperti moped atau sesetengah motosikal kuasa tinggi.

Kehandalan bahagian kaki diserahkan kepada suspensi terbalik (USD) berukuran 41mm di depan, dan jenis Pro-Link bersama absorber tunggal boleh laras prabeban di belakang. X-ADV turut menyediakan ruang simpanan berkeluasan 21 liter dengan lampu LED. Turut tersedia ial

ah soket 12v untuk mengecas sebarang peranti elektronik, seperti telefon pintar.

2. HONDA CRF1000L AFRICA TWIN ADVENTURE SPORTS (2018)

Jentera touring ini menerima perubahan besar bagi meningkatkan keupayaan dan ketahanan platform off-road. Pengalaman tunggangan jauh semakin selesa dengan rekaan pelana mendatar dan postur tunggangan lebih tegak. Ciri lain ialah hendal dengan ciri pemanas, soket mengecas dan cermin pengadang angin lebih tinggi.

Kemasan badan dipadukan tiga warna retro yang mengingatkan kita kepada Honda Africa Twin XVR650 versi asal keluaran 1988. Saiz tangki dibesarkan 5.4 liter, menjadi 24.2 liter yang mampu menawarkan tunggangan sejauh 500km dengan sekali isian. Atas kertas, penggunaan bahan api ialah 21.8km per liter.

Terdapat tiga mod tunggangan dengan tujuh tahap kawalan traksi dan ciri Quick Shifter. Berat  jentera mencapai 243 kg untuk versi manual dan 253kg (DCT).

3. HONDA CB1000R

Model sport naked ini  turut dikenali dengan Neo Sports Cafe, bahagian depan tampil retro menerusi lampu bulat ciri LED. Model tersebut menggunakan frem keluli mono-backbone yang kemudian dipadankan dengan suspensi Showa dan brek depan radial.

Jentera ini juga lebih ringan 12kg. Rekabentuk kompak menghasilkan nisbah kuasa-kepada-berat lebih baik, dengan kuasa dihasilkan 20 peratus lebih besar. Jarak roda lebih panjang 10mm (1,455mm), manakala tinggi engkol ditambah 5mm. Sementara itu, bahagian bar hendal aluminium kini lebih lebar 12mm dan tinggi 13mm tinggi berbanding model terdahulu, termasuk penambahan ketinggian pelana 5mm mdnjadi 830mm.

GALERI
  • X-ADV
  • AFRICA TWIN
  • CB1000R
Auto Terkini Boo BSH dua roda Honda Honda BigWing Honda BigWing Setapak Honda CB 1000R Honda CRF1000L Africa Twin Adventure Sports Honda X-ADV JPJ Pusat Jualan BSH roda2 Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    22/04/2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track – 100 Unit Sahaja, Harga Cecah RM190k

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Dari Litar ke Laut – Ferrari Hypersail, DNA Supercar Maranello Di Atas Air

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.