Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MAS2025: BSH Tampil Teknologi E-Clutch, Perkenal EV Konsep Baharu dan Aktiviti Interaktif
Roda2

#MAS2025: BSH Tampil Teknologi E-Clutch, Perkenal EV Konsep Baharu dan Aktiviti Interaktif

Han OthmanBy Han Othman08/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar sah motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd mempamerkan barisan model, teknologi dan aktiviti paling menarik sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 15 Mei di Hall C, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS),  Serdang.

Menampilkan tema ‘Driving Innovation, Connecting Lives’, Honda bukan sekadar menampilkan motosikal, tetapi juga pengalaman imersif, pendidikan keselamatan, dan peluang memenangi motosikal percuma!

Tarikan Teknologi Baharu: E-Clutch, DCT dan RoadSync

Antara teknologi dipamerkan ialah E-Clutch, iaitu sistem klac automatik tanpa tuil yang mengawal penukaran gear berdasarkan input terotel dan kelajuan enjin. Malah model seperti CBR650R dan CB650R boleh ditunggang uji pengunjung secara langsung.

Turut dipamerkan ialah model dual-klac (DCT) seperti Africa Twin dan X-ADV yang menggunakan sistem dua klac untuk pertukaran gear lancar secara automatik atau manual, sesuai untuk trafik bandar atau pengembaraan jauh.

Jangan lepaskan peluang mencuba sistem Honda RoadSync melalui realiti maya (VR) yang menghubungkan motosikal dengan telefon pintar untuk akses navigasi, panggilan, mesej dan muzik yang boleh dikawal dengan mudah dari skrin motosikal.

Tinjauan Masa Depan: Dua Model EV Konsep

Honda Fun Concept
Honda Urban Concept

Honda juga memperkenalkan dua model EV konsep sebagai sebahagian usaha menuju neutral karbon menjelang 2050. Kedua-dua model itu memberikan gambaran masa depan mobiliti dua roda yang bersih, cekap dan mengasyikkan.

  • EV Fun Concept: Motosikal elektrik sukan pertama Honda yang direka untuk keseronokan menunggang
  • EV Urban Concept: Khas untuk mobiliti urban, dengan rekabentuk praktikal, teknologi pintar dan bateri buatan sendiri.

Aktiviti Booth Honda: Interaktif, Menarik dan Mendidik

Di reruai Honda, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti:

  • Honda Riding Trainer: Simulator tunggangan realistik untuk mendidik keselamatan jalan raya
  • Honda Giant EDU Tech: Masukkan kad ke dalam mesin info dan tonton bagaimana teknologi Honda berfungsi secara visual
  • Honda Giant Claw Game: Kendali cakar gergasi melalui iPad untuk memenangi hadiah menarik seperti minyak pelincir Honda, beg tote, botol flxiask dan rantai kunci

Lengkapkan semua aktiviti dan berpeluang memenangi salah satu daripada dua motosikal Honda secara PERCUMA!

Sokongan Servis & Komitmen Pelanggan

Di zon Service Hub, Honda menampilkan Pro Honda Lubricants berkualiti tinggi dan pengenalan kepada platform Honda X digital platform yang menawarkan servis tempahan, e-kupon, dan kemaskini terus ke telefon bimbit.

Pengerusi BSH, Datuk Wira Tan Hui Jing berkata;

Kami komited menyampaikan produk terbaik dan teknologi terkini kepada pelanggan di Malaysia.”

CEO BSH, Kunitomo Asano pula berkata;

Malaysia Autoshow ialah peluang memperkukuh hubungan dan memperkenalkan barisan model terkini yang menggabungkan gaya, keselamatan dan prestasi.”

Jom ke Reruai Honda Sekarang!

Jangan lepaskan peluang menunggang uji model seperti ADV160, ADV350, X-ADV, Africa Twin, dan barisan E-Clutch terkini. Maklumat lanjut boleh layari hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing terdekat.

Honda Fun Concept
Honda Fun Concept
Honda Urban Concept
Honda Urban Concept
Auto Terkini Malaysia Autoshow 2025 roda2 Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

03/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

03/07/2026
Roda2

BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

03/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.