Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k
Roda2

Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k

AryonBy Aryon10/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HANYA beberapa bulan selepas dilancarkan di Eropah, skuter Honda PCX 160 (2021) dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Thailand dengan enjin dinaik taraf dan dilengkapkan teknologi terkini.

Berikut fakta mengenai PCX 160 (2021) spesifikasi Thailand:

BACA >>> Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
BACA >>> CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer

  • Didatangkan dalam dua varian: Standard dan ABS. Varian Standard menggunakan brek kombi (CBS), iaitu brek cakera di depan dan brek dram di belakang. Varian ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) pula menggunakan brek cakera di depan dan belakang.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap eSP+ berkapasiti 156cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.5hp @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm. Enjin baharu ini lebih kuat dan lancar berbanding model terdahulu.
  • Transmisi jenis automatik V-matic dengan sistem klac kering sentrifugal.
  • Memiliki enjin henti-lahu (idling-stop) untuk mematikan enjin secara automatik ketika berhenti di lampu isyarat, dan diaktifkan semula apabila terotel dibuka.
  • Menggunakan frem baharu jenis sangga logam dupleks (duplex steel cradle) yang lebih ringan, kuat dan lasak.
  • Brek cakera belakang dibekalkan sistem kawalan traksi HSTC untuk mengelak masalah tayar menggelincir dan hilang kestabilan ketika menunggang (untuk varian ABS).

  • Dilengkap sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk kuasa henti lebih cekap dan selamat (untuk varian ABS).
  • Tayar jenis tiubles 10/70 14M/C 50P (depan) dan 130/70 13M/C 63P (belakang).
  • Memiliki dimensi panjang 1,935mm, lebar 742mm dan tinggi 1,108mm, manakala jarak roda 1,313mm, tinggi pelana 745mm, kelegaan tanah 134mm, dan berat kering 129kg.
  • Keseluruhan rekabentuk tidak banyak berbeza dengan PCX 150, tetapi sistem lampu dinaik taraf kepada LED penuh untuk lampu utama, signal belok dan lampu belakang. Juga ada ciri lampu kecemasan.

  • Kluster instrumen dinaik taraf kepada LCD latar negatif digital penuh dengan paparan maklumat lebih besar dan mudah dibaca.
  • Kini datang dengan ciri kunci pintar SMART Key sebagai standard berserta suis SMART Controller yang berfungsi menghidupkan dan mematikan enjin semudah memutarkan suis bentuk tombol. Juga ada butang buka tangki minyak dan storan bawah pelana.
  • Storan bawah pelana direka semula dengan kapasiti hingga 30 liter yang mampu menyimpan satu helmet muka penuh atau dua helmet muka separa.
  • Ada soket powerbank untuk USB Type-C.
  • Ada lima pilihan warna: kelabu-hitam, merah-hitam dan putih-hitam (Standard); dan hitam-coklat, dan merah-coklat (ABS).
  • Harga jualan bermula 91,900 baht (RM12,300).

 

  • Juga ada varian hibrid, PCX 160 e:HEV dalam warna putih-biru, dijana enjin konvensional 157cc yang dipadukan sistem elektrik dikuasakan bateri lithium-ion.
  • Memilkiki ciri sama sepertim PCX 160 ABS, seperti kluster instrumen digital penuh, kawalan traksi HSTC, sistem lampu LED penuh, idling-stop, brek cakera depan dan belakang dengan ABS, soket USB Type-C, Honda SMART Key dan SMART Controller.

  • Apa berbeza selain trenkuasa ialah pilihan tiga mod tunggangan: Drive (tunggangan normal, campuran petrol dan elektrik), Sport (tunggangan agresif dengan esktra kuasa petrol) dan Blank (digunakan apabila ciri idling-stop dimatikan).
  • Dijual pada harga 107,800 baht (RM14,430).
HONDA PCX 160 (2021)
HONDA PCX 160 E:HEV (2021)
AP Honda Thailand Honda PCX 160 (2021) Honda Thailand roda2 skuter skuter maksi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.