• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer

CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer

December 15, 2020 By AI Leave a Comment

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal China, CFMoto memperkenalkan jenama motosikal elektrik baharu Zeeho dengan produk pertama Zeeho Cyber Concept yang bakal memasuki barisan pengeluaran pada pertengahan 2021.

Cyber Concept menampilkan rekabentuk sporty yang ramping dan kompak, direka khas buat penunggang yang mementingkan aspek prestasi dan teknologi. Skuter elektrik ini menampilkan dwi lampu neon winglet, lampu utama LED dan pemuka digital besar dengan sambungan WiFi, navigasi dan lain-lain. Ciri menarik lain ialah sistem kamera 360º.

Menurut CFMoto, Zeeho Cyber Concept dikilangkan dengan proses teknologi tinggi sama seperti digunakan KTM. Adakah model ini pencabar skuter elektrik KTM yang akan dibangunkan menggunakan platform Bajaj Chetak kelak?

Aspek mekanikal dijana motor 'Cobra' IP67 penyejukan air yang menawarkan tahap kecekapan tukaran energi tinggi 92 peratus dengan menghasilkan kuasa 10kW (13.4hp) dan tork 213Nm. Pecutan 0-50kmj mampu dicapai sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum 110kmj.

Ada tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Eco, Street dan Sport, manakala tayar jenis Pirelli yang dipadankan set brek cakera Brembo 215 mm. Sumber tenaga dibekalkan pek bateri litium-ion 4 kWh yang memberikan jarak perjalanan lebih 130km mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Menariknya, pek bateri memiliki jangka hayat 2,500 kitaran/8 tahun/3,100,000km dengan julat suhu operasi -20° hingga 55° yang membolehkan skuter ini ditunggang dalam pelbagai kondisi iklim berbeza seluruh dunia. Tempoh mengecas hingga 80 peratus cuma mengambil masa setengah jam.

BACA >>> Kymco F9 - Skuter Elektrik dengan Swingarm Sebelah, Cas Penuh Boleh Tunggang 120km
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

SUMBER: ElectricVehicleWeb

545
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cfmoto, CFMoto Zeeho, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Zeeho Cyber Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my