Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Dedah Foto Acah City Serba Baharu, Bakal Tawar Enjin 1.0L Turbo?
Auto Terkini

Honda Malaysia Dedah Foto Acah City Serba Baharu, Bakal Tawar Enjin 1.0L Turbo?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia memuat naik status ringkas berserta foto acah dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dengan kapsyen ‘The game will no longer be the same- Watch this space’.

Bagaimanapun, tanda pagar #allnewcity berserta siluet foto acah sudah jelas menunjukkan itu adalah Honda City serba baharu yang bakal muncul ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Kali terakhir model sedan-B itu menerima pembaharuan adalah sekitar tiga tahun lalu. Kini sudah tiba masa pasaran tempatan menerima versi baharu. Ini ditambah pula Thailand pun baru saja memperkenalkan Honda City serba baharu penghujung tahun lalu.

Di Thailand, City didatangkan dengan enjin 3-silinder 1.0L VTEC Turbo berkuasa 120hp dan tork 172Nm dengan transmisi automatik CVT. Menurut Honda, enjin baharu ini menawarkan tork lebih tinggi berbanding enjin terdahulu 1.5L versi aspirasi natural (NA) , malah setanding enjin NA 1.8L yang ada pada Civic.

BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

PASARAN MALAYSIA SUKAR TERIMA  1.0L TURBO?

Bagaimana pula Malaysia? Adakah kita juga bakal menerima pilihan enjin 1.0L Turbo? Atau masih mengekalkan tawaran enjin NA 1.5L, atau pun ada dua pilihan enjin? Bagaimanapun, kebarangkalian trenkuasa 1.0L Turbo masuk ke pasaran Malaysia adalah rendah.

Ini kerana trend pengguna Malaysia berbeza kerana tidak semua pembeli dapat menerima enjin sesaran kecil walaupun kuasa dihasilkan besar. Jika enjin 1.0L Turbo tidak ditawarkan di Malaysia, ini bermakna pasaran tempatan akan menerima enjin 1.5L dengan output 120PS dan tork 145Nm dengan pembaharuan badan terkini.

City (2020) tampil lebih maskulin dan sporty dengan rupa depan seperti Accord dan kluster lampu LED besar serta lampu kabus direka semula. Lampu belakang juga diperbaharui dengan rekabentuk LED unik dan tersendiri. Ruang  lebih luas dari segi panjang dan lebar, manakala profil sedan ini direndahkan untuk meningkat kestabilan pada kelajuan tinggi.

BACA >>> Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo

Berbanding model lama, model baharu berkenaan 113mm lebih panjang (4,533mm), dan 53mm lebih lebar (1,748mm), manakala tinggi direndahkan 10mm (1,467mm) dengan jarak roda 11mm lebih pendek (2,589mm).

Di Malaysia, City sedia ada dijual pada harga bermula RM73,496 untuk varian 1.5L S hingga RM75,615 (1.5L SE). Ini adalah harga baharu tanpa pengecualian cukai jualan untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan berakhir Disember tahun ini.

BACA >>> Honda Akan Hentikan Jualan Civic Turbo Sedan, City dan Jade di Jepun

GALERI
autoterkini Foto Acah foto teaser Honda City Honda City 2020 Roda4 sedan segmen-B teaser
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

    06/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

    06/04/2026
    PHEV

    Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.