Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Malaysia Buka Tempahan Odyssey (2022) Serba Baharu Versi CBU, Harga RM275k!
Roda4

Honda Malaysia Buka Tempahan Odyssey (2022) Serba Baharu Versi CBU, Harga RM275k!

ShawkathBy Shawkath28/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia sebentar tadi mengumumkan ketibaan Odyssey (2022) serba baharu dengan pelbagai pembaharuan yang diyakini memenuhi cita rasa pembeli tempatan.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) premium adalah versi diimport (CBU) dari Jepun, dan ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM275,311, termasuk insentif pengecualian cukai jualan yang berakhir 30 Jun ini.

Berikut perincian Odyssey (2022):

  • Odyssey mula diperkenalkan ke pasaran global pada 1994 dan menjengah pasaran Malaysia pada 2003.
  • Honda Malaysia mencatat jualan hampir 2,000 unii untuk model itu.
  • MPV serba baharu itu dijangka memenuhi jangkaan dan keperluan pelanggan, termasuk pembeli berkeluarga dan golongan eksekutif.

WARNA

  • Ada tiga warna pilihan disediakan: Platinum White Pearl (putih mutiara), Premium Twinkle Black Pearl (hitam mutiara) dan Super Platinum Metallic (platinium).

BACA >>> ‘H’Terpakai untuk Dijual! Honda Malaysia Buka 6 Cawangan Seluruh Semenanjung

REKABENTUK

  • Meneruskan DNA model terdahulu dengan rekabentuk anggun dan premium.
  • Bahagian depan lebih menyerlah dengan padanan gril, lampu utama LED dan lampu siang (DRL), dan bampar baharu lebih menawan.
  • Bahagian belakang dilengkapi set lampu baharu dengan rekaan bampar lebih segar, manakala lampu signal belok juga dikemas kini.
  • Menggunakan rim aloi 17 inci.

BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu, Teroka Bisnes Kereta Terpakai

KABIN

  • Ruang kabin Odyssey menerima papan pemuka baharu yang disepadukan dengan ruang simpanan untuk kemudahan pemilik.
  • Kluster instrumen 7 inci serba baharu untuk menambah baik keselesaan dan memudahkan pemanduan.
  • Unit infotainmen 8 inci baharu dengan sambungan  Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kemasan upholsteri menggunakan material kulit campuran dengan tempat duduk baris kedua jenis Captain Cradle Seat dan Ottoman.
  • Kerusi penumpang belakang boleh dilipat ke depan dan belakang untuk ekstra fleksibiliti mengikut keperluan pemilik.
  • Pintu but elektrik dan sensor kaki untuk akses ke ruang but.

BACA >>> Apakah Itu Honda Sensing pada Honda CR-V (2017) – Power Sangat Ke?

KESELAMATAN

Odyssey juga dilengkapi ciri keselamatan termaju Honda SENSING, seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMBS),
  • Amaran Rempuhan Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Tambahan ciri lain ialah Sistem Kamera Multipandangan (MVCS), Bantuan Parkir Pintar (iBA), Maklumat Titik Buta (BSI) dan Pemantau Trafik Lintas (RCT).

Tempahan Odyssey (2022) serba baharu ini boleh dibuat menerusi pengedar rasmi Honda Malaysia seluruh negara atau hubungi talian bebas tol: 1-800-88-2020.

BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki
BACA >>> #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?
BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!

Honda Honda Malaysia Honda Odyssey (2022) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV MPV Jepun Roda4 Wagon
Shawkath

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.