Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!
Roda4

Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Thailand memperkenalkan model sedan generasi ke-11 Civic yang hadir dengan rekabentuk baharu, ciri keselamatan dan trenkuasa ditambah baik. Untuk makluman sedan segmen C itu menggunapakai nama kod FE.

Ada tiga varian diperkenalkan iaitu EL, EL+ dan RS dengan satu pilihan trenkuasa iaitu 1.5 liter dan tiada kotak gear manual Ini adalah perinciannya Honda Civic baharu:

Harga:

  • EL: 964,900 baht (RM121,916)
  • EL+: 1,009,900 baht (RM127,617)
  • RS: 1,199,900 baht (RM151,627)

Warna

Ada  6 warna pilihan iaitu Lunar Silver Metalik (perak), Ignite Red Metallic (merah), Morning Mist Blue Metallic (biru kelabu), Platinum White Pearl (putih), Meteoroid Gray Metallic (kelabu gelap) dan Crystal Black Pearl (hitam).

 

Trenkuasa:

  • Trenkuasa 4-silinder sebaris VTEC 1.5 liter turbo dengan talaan baharu menghasilkan kuasa, 175hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,700-4,500 rpm. Transmisi ditawarkan cuma CVT. Tiada lagi opsyen enjin 1.6 liter NA i-VTEC dan kotak gear manual bagi model Civic 2022. 

Rekabentuk:

  • Rekabentuk keseluruhan Civic 2022 nampak lebih menawan tetapi masih ada sentuhan sporty khususnya pada wajah depan.
  • Dimensi kereta sedan itu sebenarnya lebih panjang berbanding Civic FC dengan model 2022 menerima tambahan 30mm (4,678mm). Jarak roda pula ditingkat kepada 2,733mm dan ini memberi ruang kaki lebih luas.
  • Varian tertinggi RS hadir dengan kemasan tona gelap yang berjiwa agresif dan dilihat pada perumah  cermin sisi, spoiler hitam pada but belakang dan pembuka pintu. Bampar belakang RS pula ditampal peresap hitam dan menggunakan rim 17 inci.
  • Civic EL dan EL+ pula menggunakan rim 16 inci dan tidak dilengkapi peresap bampar belakang dan spoiler seperti varian RS.
  • Varian asas EL menggunakan lampu depan projektor halogen, lampu siang (DRL) LED dan lampu belakang LED. Model itu hadir dengan sistem kunci pintar dan  butang pemula enjin beserta ciri kunci walkaway. Tambahan lain ialah kerusi fabrik, sistem penyaman udara satu zon dan kemudahan kamera undur.
  • Varian pertengahan EL+ ada tambahan fungsi cermin sisi lipat automatik, roda stereng dibalut material kulit, tempat duduk upholsteri kulit  dan kerusi pemandu boleh laras lapan-tetapan secara elektrik.
  • RS dipasang lampu depan LED penuh,  fungsi pengelap cermin automatik, balutan upholsteri hitam Ultrasuede, latar pencahayaan merah dalam kabin, ciri cermin pandang belakang malap (automatik), penyaman udara dwi-zon, pedal aloi dan mod Sport.
  • Ciri tambahan lain RS ialah kerusi penumpang depan boleh laras empat tahap dengan menekan butang, ada pengecas telefon pintar Qi (wayarless) dan kunci bentuk kad Honda Smart Key.
  • Papan pemuka Civic 2022 nampak lebih moden berbanding Civic FC dengan aplikasi panel panjang bercorak sarang lebah untuk menutup ventilator penyaman udara. Skrin infotainmen pula diposisikan dalam keadaan timbul atas papan pemuka.

Keselamatan

  • Semua model Civic 2022 ditawarkan bersama pakej keselamatan Honda Sensing termasuk teknologi Brek Kecemasan Automatik, Kawalan Kruise Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Lampu Tinggi Automatik serta  Amaran Mula Gerak Ke Depan.
  • Ciri standard lain ialah enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik, Bantuan Mula Daki dan sambungan ISOFIX (untuk kerusi kanak-kanak).
  • Ada fungsi peringatan kepada pemandu untuk periksa tempat duduk belakang sebelum keluar meninggalkan kereta. Varian RS hadir dengan ciri sama tetapi ada tambahan sambungan sistem pada tali pinggang keledar.

BACA >>> Jualan Honda Malaysia Jatuh Teruk, Petanda Buruk Industri Automotif Negara?
BACA >>> Mahukan Enjin Turbo Panjang Umur? Lakukan 4 Tip Penjagaan Ini!
BACA >>> #TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> #TahukahAnda: Penutup Tangki Ada Penyangkut, Kenapa Perlu Letak Atas Bumbung?

Civic Baharu Honda Civic (2022) Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Hatchback Honda Civic Generasi 9
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.