Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Honda Jepun Perkenal N-ONE RS 660cc Turbo dengan Pilihan Manual 6-Kelajuan, CVT
Aksesori

Honda Jepun Perkenal N-ONE RS 660cc Turbo dengan Pilihan Manual 6-Kelajuan, CVT

Abang HirataBy Abang Hirata14/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL keicar Jepun memang comel-comel belaka. Rasanya, elok juga kereta seperti itu diperkenalkan semula di Malaysia seperti mana model Perodua Kancil dan Kelisa yang pernah mewarnai jalan raya negara kita.

Benar kita masih ada Axia, tetapi sesaran enjin sudah pun diperbesar dan tidak lagi sama seperti era Kancil 660cc dulu. Di Jepun, model keicar Jepun kekal dipacu enjin 660cc dengan Turbo, seiring perkembangan teknologi masa kini dan turut dilengkapi sistem bantuan pemandu seperti segmen lebih besar.

Ada juga model yang ditawarkan aksesori sporty seperti Honda N-ONE dengan kit Mugen yang pernah kami paparkan sebelum ini.

BACA >>> Honda N-One (2021) Kini dengan Kit Badan Mugen untuk Gaya Lebih Sporty

Seperti biasa, tidak lengkap model Honda tanpa aksesori rasmi Honda Access seperti kit badan yang diperkenalkan pada N-ONE RS ini.

N-ONE RS dilengkapi enjin 660cc turbo yang memacu dua roda depan dalam opsyen transmisi manul 6-kelajuan (6MT) dan automatik CVT. Enjin turbo dan transmisi manual memang nampak menggiurkan dipandu. Dari segi prestasi, model cilik ini mampu meledakkan kuasa 62hp @ 6,000 rpm dan tork 104Nm @ 2,600 rpm. Ringan dan laju.

Penggunaan minyak mengikut rating Kitaran Ujian Kenderaan Harmoni Sedunia (WLTC) ialah 21.8km per liter untuk varian CVT dan 21.6km per liter untuk 6MT. Bagi kit Honda Access pada N-ONE RS ini, banyak ciri ditawarkan seperti berikut:

BACA >>> Honda N-One (2021) Lancar di Jepun, Harga Mula RM63k

Luaran
  • Rim aluminium 15 inci MS-023 dengan kemasan Neo Satin.
  • Kemasan karbon pada gril depan.
  • Pemegang plat belakang dengan kemasan karbon.
  • Set grafik badan ala retro dengan tulisan Turbo, ‘DOHC Turbo 12 Valve’ dan ‘660 12 Valve’.
  • Penutup minyak krom gelap dan hitam.
  • Madgad hitam kristal.
  • Lip bampar depan hitam mutiara kristal.
  • Logo ‘H’ dan ‘N ONE’ hitam.
Dalaman
  • Tombol gear aluminium untuk 6MT.
  • Pedal sport aluminium.
  • Karpet lantai dengan keliling oren dan logo RS.
  • Perehat lengan Lux Suede hitam.
  • Pembahagi storan untuk konsol.
Pengendalian dan Pembrekan
  • Suspensi untuk profil kereta rendah, 10m untuk 6MT dan 15mm pada CVT.
  • Cakera brek dengan liang untuk alihan haba dan habuk geseran.

Mengenai harga, N-ONE RS tanpa kit Honda Access dijual 1,999,800 yen (RM77,886) untuk varian 6MT dan CVT.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja
BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama

Honda N-ONE RS dengan Kit Honda Access
Honda N-ONE

 

Honda Honda N One Honda N-ONE RS Keicar Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.