Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik Honda e:N1 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM149,900
Roda4

SUV Elektrik Honda e:N1 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM149,900

Han OthmanBy Han Othman15/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda e:N1 2025 Malaysia
HONDA Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model elektrik bateri (BEV) pertama,  Honda e:N1 2025 serba baharu pada harga RM149,900 yang menandakan langkah besar pengeluar itu dalam memperkukuh barisan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Pelancaran rasmi berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dan ditawarkan dalam unit terhad pada harga istimewa yang tersedia untuk pembeli awal secara ‘first-come, first-served’.

Kuasa dan Jarak Pemanduan

Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia

Honda e:N1 2025 dikuasakan bateri litium-ion 68.8kWh dengan motor elektrik berkuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm. Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik ini menyokong pengecasan AC hingga 10kW dan pengecasan pantas DC hingga 78kW dari 10 ke 80 peratus hanya dalam 50 minit!

Jarak pemanduan maksimum mencapai 500km (mengikut ujian NEDC), sesuai untuk perjalanan harian atau hujung minggu.

Rekabentuk Moden, Slik

Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia

Luaran Honda e:N1 2025 menampilkan rekabentuk moden dengan gril depan tertutup, lampu utama LED, dan rim aloi dwi-tona 18 inci. Logo putih baharu Honda di depan menandakan peralihan ke arah elektrifikasi.

Ada tiga warna ditawarkan: Aqua Topaz Metallic (biru) dengan kabin kelabu, Urban Grey Pearl (kelabu) dengan kabin hitam, dan Platinum White (putih) dengan kabin hitam.

Kabin Canggih, Interaktif

Honda e:N1 2025 Malaysia

Ruang dalaman tampil eksklusif dengan lampu ambien biru, pengecas telefon wayarles, dan kluster instrumen TFT 10.25 inci, manakala unit infotainmen skrin sentuh 15.1 inci kini dalam bentuk vertikal dengan tiga zon kawalan: infotainmen, maklumat kenderaan dan kawalan penyaman udara.

Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia

Konektiviti Apple CarPlay (wayarles) dan Android Auto (berwayar) disediakan sebagai ciri standard. Kapasiti but 344 liter dengan tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 memberikan ruang fleksibel untuk kegunaan harian.

Ciri Keselamatan Komprehensif

Honda e:N1 2025 dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING, seperti Maklumat Titik Buta (BSI) dan Pemantau Trafik Lintas (CTM) yang disediakan eksklusif untuk model ini.

Turut disediakan pakej insurans Honda Insurance Plus (HiP EV), terdiri daripada perlindungan semasa pengecasan awam, kabel mudah alih, dan pengecas rumah EV.

Tempahan Online, Layanan Eksklusif

Pembeli boleh membuat tempahan melalui portal rasmi prebook.honda.com.my, aplikasi Honda Touch, atau kunjungi lapan wakil pengedar BEV terpilih seluruh negara. Setiap pelanggan bakal dilayan jurujual terlatih untuk pengalaman pembelian lebih eksklusif dan peribadi.

Waranti dan Komitmen

Honda e:N1 2025 didatangkan dengan waranti lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu) untuk bateri dan sistem pacuan elektrik. Honda Malaysia juga menawarkan perlindungan tambahan di bawah insurans HiP EV untuk ketenangan minda pemilik EV baharu ini.

Dengan hampir 24,000 unit kenderaan dijual dalam empat bulan pertama 2025, Honda Malaysia optimis Honda e:N1 2025 akan terus memperkukuh kedudukan pengeluar itu dalam industri automotif Malaysia yang kini giat beralih ke arah elektrifikasi.

Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Malaysia
Honda e:N1 2025 Honda Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.