Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi
Autotainment

Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

Abang HirataBy Abang Hirata28/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA bakal melancarkan kereta elektrik (EV) pertama dengan nama ‘e’ pada tahun depan. Walaupun terlambat berbanding pesaing lain seperti Nissan Leaf yang sudah pun memasuki generasi kedua, Honda tetap gigih berusaha meraih sebanyak mungkin pelanggan yang berminat dengan EV jenama itu.

Pendaftaran awal berjaya berminat menarik ribuan pelanggan Eropah dan Honda kini dalam fasa membuka tempahan awal pula.

Serentak itu, Honda mula melancarkan kempen publisiti. Pertama sekali, pengeluar itu memperkenalkan Urban EV Concept di Jerman pada 2017 sebelum membawa prototaip prapengeluaran ke Geneva, Mac lalu.

BACA >>> Honda Namakan Model Baharu dengan Huruf ‘e’ Sahaja

CERMIN SISI BERKAMERA

Terkini, Honda mengumumkan pula ciri canggih Honda e, iaitu fungsi cermin sisi yang digantikan dengan ‘Sistem Cermin Kamera Sisi’. Komponen tersebut asalnya memang ada pada model prototaip, tetapi rupa-rupanya ia bukan hiasan sahaja.

Ini bermakna Honda e tidak mempunyai cermin sisi, sebaliknya menggunakan kamera. Menurut Honda, teknologi tersebut ialah ciri pertama digunakan dalam segmen kompak yang memberikan manfaat signifikan dari segi gaya, keselamatan, aerodinamik dan perincian.

Kamera itu, yang dipasang pada sisi kereta, mampu memaparkan imej secara langsung pada dua skrin 6 inci dalam kereta. Skrin itu pula ditempatkan pada sudut kiri dan kanan papan pemuka supaya pemandu serasi dan tidak kekok. Selain kamera sisi, Honda turut mengesahkan hendal pintu ialah jenis terbenam, dan  ini menjadikan permukaan pintu dan badan kereta nampak rata dan kemas

BACA >>> Honda Patenkan Winglet Cermin Sisi untuk CBR1000RR

Selain menambah baik kadar penglihatan, kamera digunakan direka kompak untuk mengurangkan seretan aerodinamik hingga 90 peratus berbanding cermin sisi biasa. Penggunaan kamera menyumbang kepada penambahbaikan aerodinamik kereta sebanyak 3.8 peratus, sekali gus meningkatkan kecekapan dan jarak perjalanan.

Bunyi angin juga dikurangkan berbanding cermin sisi konvensional ketika kereta dipandu laju.

CIRI KAMERA SISI HONDA e

  • Bentuk perumah kamera direka supaya air tidak memasuki lensa kamera.
  • Lapisan kalis air pada permukaan lensa mencegah air terkumpul.
  • Pemandu boleh memilih pandangan normal atau lebar, dan mengurangkan kadar titik buta hingga 10 peratus (normal) dan 50 peratus (lebar).
  • Apabila berada dalam gear undur, garisan panduan akan dipaparkan pada skrin pandangan lebar sebagai tambahan kepada sudut kamera.
  • Tahap kecerahan pada paparan dalaman dilaraskan automatik mengikut kadar cahaya sekeliling.

Sebelum menggunakan teknologi ini, Honda terlebih dulu melakukan ujian lanjutan, termasuk proses pembangunan yang mengambil kira keupayaan sistem supaya dapat memberikan tahap penglihatan cemerlang ketika cuaca buruk, cahaya rendah dan waktu malam tanpa silau.

Honda e akan dilancarkan di Eropah pada penggal pertama 2020, dan setakat ini belum ada sebarang pengumuman yang ia akan ditawarkan di rantau lain.

BACA >>> #BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

GALERI
EV Honda Honda E Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.