Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 Mula Dijual di Pasaran Jepun Bulan Ini
Roda2

Honda Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 Mula Dijual di Pasaran Jepun Bulan Ini

AryonBy Aryon19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA pada Oktober tahun lalu di Pameran Motor Tokyo menayangkan kepada umum prototaip Cross Cub 110 yang bakal menjadi produk masa depan baharu pengeluar itu. Kini versi pengeluaran sudah pun dilancarkan bersama model dengan enjin lebih kecil Cross Cub 50.

Kedua-dua motosikal itu tampil berbeza berbanding Cross Cub pasaran Jepun terdahulu. Seperti model lama, rekabentuk masih berasaskan skuter Super Cub, tetapi diubah suai menjadi lebih ranggi dengan suntikan elemen off-road.

Nampak seperti kombinasi yang pelik, tetapi Cross Cub itu sendiri memang perlu kelihatan berbeza berbanding Super Cub. Beberapa trademark asal dikekalkan seperti madgad lengkung di depan dan belakang, kotak fius di sisi badan, ekzos rendah dan frem badan.

BACA >>> Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]

Apa yang berbeza pula ialah kedudukan lampu utama yang diubah dari atas bar hendal ke bahagian tengah, manakala fairing ditanggalkan yang jelas mendedahkan rupa enjin dan menyerlahkan imej off-road moped klasik itu. Lampu utama Cross Cub 110 dilindungi sangkar besi, dan rim hitam 17-inci dibalut sepasang tayar bunga tebal.

Penampilan versi 50cc memang tidak nampak langsung perbezaan ketara. Selain nama model yang tertera pada kotak fius, varian 50cc dapat dibezakan pada saiz rim krom lebih kecil, 14-inci.

MASUK MALAYSIA?

Setakat ini tidak diketahui apakah Cross Cub 110 dan Cross Cub 50 termasuk dalam senarai 10 model Honda yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Apa diketahui setakat ini Honda Monkey adalah antara model baharu yang disahkan bakal diperkenalkan Boon Siew Honda (BSH) tahun ini. Namun, ada satu lagi model kapcai misteri yang masih dirahsiakan namanya.

Kalau mengambil kira aspek pasaran, rasanya model Super Cub ataupun Cub Cross mempunyai potensi untuk sukses berikutan gaya klasik dan retro yang semakin menjadi trend baru pengguna masa kini. Apatah lagi ada ramai kelompok penunggang yang ternanti-nanti sebuah jentera jimat minyak dengan gaya bukan konvensional. Asalkan harga tidak cekik darah dan mengundang segala maki hamun.

GALERI
Honda Honda Cross Cub 100 Honda Cross Cub 50 Kapcai Moped roda2 underbone
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Fahmi on 21/09/2018 10:43

      Minta pihak honda masukkan honda cross cub 110 dalam pasaran malaysia, kerana bentuknya yang klasik, saya jangkakan motor niakan laku dipasaran malaysia

      Reply
    2. FADZIL BIN HJ. SAAD on 14/08/2021 09:10

      Price

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.