Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CR-V Generasi Ke-5 Kini di Thailand dengan Enjin 1.6 Turbo Diesel, Malaysia Bakal Menyusul!
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-5 Kini di Thailand dengan Enjin 1.6 Turbo Diesel, Malaysia Bakal Menyusul!

Abang HirataBy Abang Hirata09/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Automobile (Thailand) mendahului negara Asean lain dan beberapa pasaran utama dunia apabila melancarkan Honda CR-V baharu – generasi ke-5. Malah menjadi negara pertama di luar Amerika Utara – selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kanada – juga negara pertama di rantau Asia dan Oceania melancarkan CR-V baharu.

Honda CR-V sememangnya kenderaan utiliti sukan (SUV) popular dunia dengan jualan sebanyak 8.7 juta sejak pertama kali dilancarkan. Menariknya, model baharu ini dibekalkan enjin 1.6L i-DTEC Diesel Turbo yang dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan shift-by-wire. Turut ditawarkan ialah varian enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan transmisi pemboleh ubah variabel (CVT).

Berikut ialah fakta menarik tentang kenapa Honda CR-V baharu dipasarkan di Thailand terlebih dahulu berbanding negara lain:

  • Antara negara strategik Honda.
  • Pusat eksport kenderaan dan alatan serta pasaran terbesar Honda di rantau Asia dan Oceania.
  • CR-V baharu dipasang di kilang Ayutthaya – Honda merancang mengeksport 75,000 unit import (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD) dalam masa setahun.

CIRI-CIRI UTAMA

Berikut ialah ciri-ciri utama Honda CR-V baharu (berbeza ikut varian):

  • Lampu utama dan belakang LED, lampu siang (DRL) LED
  • Rekaan gril lebih menonjol
  • Rekaan rim baharu
  • Dalaman lebih luas dengan 7-tempat duduk multikonfigurasi
  • Ventilator penyaman udara untuk kerusi barisan kedua dan ketiga
  • Kerusi elektrik pemandu boleh laras 8-cara
  • Penyaman udara zon duaan, i-dual zone
  • Skrin sentuh termaju – Advanced Touch Audio Display bersaiz 7-inci yang serasi Apple CarPlay
  • Meter TFT multipaparan dan informasi
  • But belakang bebas tangan (hands-free power tailgate) dengan fungsi ketinggian boleh laras
  • Monitor Perhatian Pemandu – Driver Attention Monitor – berfungsi memberi amaran kepada pemandu menerusi meter TFT dan gegaran stereng
  • Bantuan pengendalian tangkas – Agile Handling Assist
  • Bantuan tukar lorong – Honda LaneWatch
  • Fungsi brek parkir elektrik (EPB) menggunakan punat
  • Fungsi brek automatik ketika berhenti – Automatic Brake Hold
  • Warna –  White Orchid Pearl (putih), Crystal Black Pearl (hitam), Modern Steel Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak) dan satu warna khusus untuk varian DT EL 4WD dan 2.4 EL 4WD iaitu Dark Olive Metallic (hijau gelap).

ENJIN

Ada dua enjin dengan teknologi Earth Dream Honda ditawarkan:

1.6L i-DTEC 4-Silinder Diesel Turbo

  • Kuasa maksimum 160hp @ 4,000rpm; Tork maksimum 350Nm @ 2,000rpm
  • Transmisi automatik 9-kelajuan shift-by-wire
  • Penggunaan bahan api varian DT E ialah 18.9km/l

2.4L DOHC i-VTEC 4-Silinder

  • Kuasa maksimum 173hp @ 6,200rpm; Tork maksimum 224Nm @ 4,000rpm
  • Transmisi variabel berterusan (CVT)
  • Sesuai bahan api E85

HARGA

Di Thailand, Honda CR-V baharu dipasarkan dalam segmen premium dengan harga mencecah RM200,000. Berikut ialah perincian varian dan harga CR-V:

Diesel

  • DT EL 4WD – 1,699,000 baht RM217,510.50
  • DT E – 1,549,000 baht RM198,307.10

Petrol

  • 2.4 EL 4WD – 1,549,000 baht RM198,307.10
  • 2.4 E – 1,399,000 baht RM179,103.70

Selepas pelancaran Thailand, kebiasannya Malaysia akan menjadi destinasi berikutnya. Honda Malaysia sudahpun memaklumkan ada dua lagi model baharu bakal dilancarkan tahun ini selepas BR-V dan City facelift. Kemungkinan CR-V generasi ke-5 ini akan dipasarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Honda CR-V sedia ada sudah berada di pasaran sejak 2013.

Honda Automobile (Thailand) Co. Honda CR-V
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.