Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda CR-V (2023) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM159.9k
Roda4

Honda CR-V (2023) Serba Baharu Lancar, Harga Mula RM159.9k

Han OthmanBy Han Othman15/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini rasmi melancarkan Honda CR-V (2023) serba baharu untuk pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM159,900.

Ada empat varian diperkenalkan pada harga seperti berikut:

  • V – RM181,900
  • E – RM169,900
  • S – RM159,900
  • RS – Harga diumumkan awal 2024

PILIHAN WARNA

Ada lima warna ditawarkan, iaitu Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak), Canyon River Blue Metallic (biru) dan Platinum White Pearl (putih).

TRENKUASA CANGGIH

Varian S, E atau V didatangkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo (foto atas kiri) dengan output kuasa 191hp (193ps) dan tork 243Nm.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C ini  didatangkan dengan sistem transmisi automatik CVT canggih yang mampu mengoptimum respons pecutan, penjimatan minyak dan juga lebih senyap. Varian V didatangkan eksklusif dengan sistem pacuan semua roda masa nyata (Real Time AWD) yang mana agihan kuasa antara depan dan belakang ditambah baik untuk pemanduan lebih stabil.

Dilengkaspi tiga mod pemanduan: Eco, Normal dan Sport.

Memiliki kapasiti tangki petrol 57 liter. Bahagian roda menggunakan dua saiz, iaitu rim aloi 17 inci untuk varian S, dan rim 18 inci, E dan V (foto atas kanan).

Menariknya, model kali ini dilengkapi lapan beg udara termasuk dua beg udara bahagian lutut. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Honda CONNECT sebagai ciri standard semua varian.

Juga tidak dilupakan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), Honda SENSING dinaik taraf dengan radar sudut lebar, kamera dan sensor sonar.

Aspek keselamatan dalam teknologi bantuan pemandu termaju Honda SENSING dipertingkat dengan ciri Lampu Pandu Adaptif  (ADB) dengan sembilan fungsi keselamatan disediakan selain ciri asas seperti kamera Honda LaneWatch (LWC) dan sistem kamera multi-sudut 360.

Rekabentuk kemas dan horizontal ruang dalaman Honda CR-V (2023) menggabungkan gaya classy dan kontemporari, dan pada masa sama menawarkan ruang kabin lapang dan selesa.

Kerusi material kulit untuk varian E ke atas memberikan fiil premium. Melengkapkan semua elemen mewah itu ialah kerusi pemandu elektrik 8-tetapan dengan fungsi memori.

Ruang kaki 16mm lebih lebar berbanding model terdahulu yang didatangkan dengan kerusi boleh laras 8-tetapan untuk penumpang belakang.

Auto Terkini Honda CR-V (2023) Serba Baharu Honda Malaysia Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
F1 2026 | GP Hungary
Formula Satu

#F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

27/07/2026
Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.