Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type-R Sport Line yang Lebih Sopan-Santun
Auto Terkini

Honda Civic Type-R Sport Line yang Lebih Sopan-Santun

Abang HirataBy Abang Hirata24/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Civic Type-R Limited Edition, Honda turut memperkenalkan Civic Type-R Sport Line untuk pasaran Eropah, iaitu versi yang lebih sopan berbanding Type-R GT (standard).

Sebenarnya, pengenalan model seperti itu adalah amalan biasa Honda, termasuk juga pengeluar lain seperti Mitsubishi dan Subaru yang juga ada varian sederhana untuk model prestasi masing-masing.

Walaupun tampil sederhana dengan spoiler belakang lebih rendah, enjin 2.0L VTEC Turbo masih kekal berbisa. Apa dilakukan Honda adalah memperkemaskan aspek pemanduan harian. Spoiler tinggi yang menjadi identiti Civic Type-R FK8R dan FD2R digantikan spoiler low deck. 

BACA >>> Honda Civic Type-R Limited Edition (2020) Mahu Rampas Semula Raja Nürburgring

Dari belakang dan sisi Civic Type R Sport Line ini nampak sporty berbanding imej yang agak menonjol sebelumnya. Ia juga dibezakan dengan garisan halus kelabu pada bawah kereta, berbanding Civic Type R GT (2020) yang bergaris merah.

BACA >>> Honda Civic Type-R ‘Project P’ Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir

Tema gelap dan sederhana mendominasi ruang kabin varian baharu ini dengan kerusi buket hitam berserta sulaman benang merah, juga disulam pada stereng dan tombol gear. Trim merah turut menghiasi bahagian lain seperti papan pemuka dan panel penyaman udara sebagai warna signatur model prestasi Honda. Merah memang sinonim sebagai warna siri Type-R.

Ciri standard Civic Type R GT seperti Honda Sensing dan unit infotainment 7 inci dikekalkan pada Civic Type R Sport Line. Selain penampilan sporti dan sederhana, pemanduan varian baharu ini ditala untuk memberikan lebih keselesaan berbanding Civic Type R GT.

Rim baharu 19 inci kelabu gelap dibalut tayar Michelin Pilot Sports 4S dengan dinding lebih lembut untuk pemanduan selesa. Bahan penebat bunyi pada but dan pintu but ditambah bagi menambah baik tahao bunyi, getaran dan kekasaran (NVH). Ada satu lagi warna baharu ditawarkan, iaitu Racing Blue (biru).

Civic Type R Sport Line akan berada di pasaran Jerman menjelang penghujung Mac nanti pada harga bermula €41,490 (RM188,540).

BACA >>> Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k

GALERI
civic type r Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type R Sport Line Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.