Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong
Auto Terkini

Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

Abang GYLBy Abang GYL12/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGALA persoalan akhirnya terjawab. Honda Civic Type R (FK8R) kini secara rasmi menjadi kereta pengiring Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut disahkan sendiri Honda Malaysia yang mengakui menyerahkan seunit Civic Type R untuk dijadikan kereta rasmi baginda.

BACA >>> Anugerah Auto Express: Honda Civic Type R Kekal Hot-Hatch Terbaik Tahun Ketiga

Pada masa sama, Honda turut menghadiahkan seunit Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang juga akan digunakan kenderaan pengiring.

Ketua Pegawai EKsekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Civic Type R ialah model yang sudah terbukti dan turut dinobatkan sebagai ‘Kereta Pacuan Roda Depan (FWD) Terpantas di Dunia’. Tambahnya, ia bukan saja sesuai dipandu dalam litar, tetapi turut boleh digunakan sebagai kenderaan harian.

“Kami berbesar hati dapat menyerahkan Civic Type R kepada Tuanku sebagai kenderaan harian pengiring. Begitu juga pada Raja Permaisuri Agong,” katanya.

BACA >>> Kereta Polis Honda Civic Type R Hanya untuk Cubaan Pandu Uji Saja, Belum Sahih lagi!

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Civic Type R dikatakan bakal menjadi kegunaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kini, segalanya sudah terjawab.

Civic Type R dikuasakan enjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 305hp @ 6,500rpm dan tork 400Nm @ 2,500rpm-4,500rpm. Di Malaysia, hatchback prestasi tinggi itu dijual pada harga RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Selain dinobatkan kereta terpantas dunia, Civic Type R turut memecahkan rekod litar Spa-Francorchamps di Belgium dengan catatan masa 2 minit 53.72 saat dalam kategori kereta pengeluaran FWD terpantas.

BACA >>> Honda Civic Type-R ‘Project P’ Edisi Pikap Dikesan di Lot Parkir

Auto Terkini Honda Civic Honda Civic Type R honda civic type R agong Honda Malaysia Yang di-Pertuan Agong
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.