Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R Menang UKCOTY 2024 Kategori Kereta Prestasi!
Auto Terkini

Honda Civic Type R Menang UKCOTY 2024 Kategori Kereta Prestasi!

Abang HirataBy Abang Hirata14/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HARGA Honda Civic Type R FL5 lebih tinggi daripada model yang digantikan. Harga itu boleh dijangka berikutan penawaran di Amerika Syarikat (AS) dan juga teknologi lebih canggih selain lebih berkuasa.

Harga lebih tinggi tidak menjadi halangan buat peminat tegar dan boleh dilihat melalui lintasan garis masa media sosial. Itulah penangan model ikonik yang menghimpun peminat tegar sejak lebih dua dekad lalu.

Memiliki Honda Civic Type R juga mempunyai prestij sebagai kereta pacuan depan terpantas di Nürburgring yang dicatatkan pada April 2023.

Kehebatan Civic Type R sekali lagi terselah apabila memenangi Anugerah Kereta Terbaik 2024 Britain (UKCOTY) bagi kategori Kereta Prestasi.

Anugerah UKCOTY diadili 27 jurnalis profesional daripada pelbagai penerbitan seperti TopGear, The Sunday Times, EVO, Fitfh Gear dan banyak lagi.

Senarai pemenang UKCOTY 2024 mengikut kategori:
  • Kereta kecil: Renault Clio
  • Kereta keluarga: Hyundai IONIQ 6
  • Crossover kecil: Volvo EX30
  • Crossover sederhana: Fisker Ocean
  • Crossover besar: Kia EV9
  • Kereta eksekutif: BMW i5
  • Kereta berprestasi: Honda Civic Type R

Seperkara perlu diberi perhatian jika anda berminat memiliki Civic Type R ialah dari mana model itu diambil sama ada versi import terpakai Britain, Jepun atau unit rasmi.

Contohnya, laman web Honda UK menyatakan enjin K20C1 2.0 turbo menghasilkan 326hp (242kW) @ 6,500rpm dan tork 420Nm @ 2,500-4,000rpm.

Laman web Honda Malaysia pula memaklumkan Civic Type R berkuasa 316hp (235kW) @ 6,500rpm dan tork 420Nm @ dari 2,600-4,000rpm dan mirip model Amerika Syarikat (AS).

Pecutan juga berbeza yang mana model Britain memerlukan 5.4 saat untuk pecutan 0-100kmj dan kelajuan maksimum mencecah 275kmj. Model untuk pasaran tempatan pula memerlukan 5.5 saat dan kelajuan maksimum 272kmj.

Perbezaan tersebut bukan kejanggalan dan turut berlaku sebelum ini kerana dipengaruhi faktor spesifikasi dan undang-undang pasaran.

Mengenai harga, Honda Civic Type R dijual pada harga atas jalan £49,995 (RM299,870).

Honda Honda Civic Honda Civic Type R Roda4 UK Car of the Year Awards UK Car of the Year Awards (UKCotY)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Lumba Haram Bakal Ada Hukuman Baharu, Apa Anda Perlu Tahu Tentang Seksyen 42A?

    24/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.