Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Type R Edisi Terhad Jadi Kereta Keselamatan Rasmi WTCR 2020
Roda4

Honda Civic Type R Edisi Terhad Jadi Kereta Keselamatan Rasmi WTCR 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic Type R ialah model prestasi yang sekian lama menjadi taruhan pengeluar automotif dari Jepun itu. Terbaharu, hot-hatch tersebut dipilih menjadi kereta keselamatan rasmi untuk kejuaraan FIA Piala Kereta Touring Dunia (World Touring Car Cup, WTCR) 2020.

Model edisi terhad itu menampilkan seragam khas sentuhan artis Belgium menerusi warna badan Sunlight Yellow (kuning). Sedan itu juga akan turut menyertai perlumbaan Civic Type R TCR di Salzburgring, Austria pada 12-13 September nanti dan satu lagi pusingan lain dalam kalendar WTCR.

BACA >>> Spoon Hasilkan Bampar Depan Aero untuk Honda Civic Type R FK8

Ketua Acara Eurosport, selaku penganjur WTCR, Francois Ribeiro berkata, Honda memiliki sejarah yang lama dalam kejuaraan FIA WTC dengan menyumbang banyak komitmen dalam kategori itu.

Beliau berkata;

Kami dengan senang hati menyambut kedatangan Honda sebagai Rakan Kerjasama Kereta Keselamatan Rasmi WTCR baharu menerusi Civic Type R Limited Edition. Memiliki model ikonik seperti Civic Type R sebagai kereta rasmi keselamatan dengan rating keselamatan terbaik, sporty, kualiti dinamik, dan berkemampuan adalah sangat sesuai dengan falsafah WTCR.”

Civic Type R (2020) Edisi Terhad itu ialah hatchback versi trek yang menampilkan damper, brek cakera apung, kabin dengan kemasan jalur dan rim aloi tuang ringan BBS 20 inci, manakala tayar jenis Michelin Pilot Sport Cup 2.

Penggunaan material itu menyumbang kepada berat badan lebih ringan, iaitu 47kg berbanding Type R spesifikasi GT. Bahagian trenkuasa kekal menggunakan enjin 2.0L Turbo VTEC berkuasa 315hp @  6,500rpm dan tork 400Nm.

BACA>>>Tentang Hyundai i30 N yang Baru Masuk Malaysia
BACA>>>Toyota Corolla Sedan, Touring Tampil Berbeza untuk Pasaran Jepun, Ikut Versi China

GALERI

SUMBER: Carscoops

Auto Terkini FIA Piala Kereta Touring Dunia (WTCR) FIA World Touring Car Cup FIA World Touring Car Cup (WTCR) Francois Ribeiro Honda Honda Civic Honda Civic Type R Honda Civic Type-R Limited Edition Roda4 World Touring Car Cup (WTCR) FIA 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.