Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic RS (2025) Dilancar Secara Rasmi di Jepun, 1.5 VTEC Turbo 6MT, RM127 Ribu
Auto Terkini

Honda Civic RS (2025) Dilancar Secara Rasmi di Jepun, 1.5 VTEC Turbo 6MT, RM127 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata13/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PADA Ogos lalu Honda memperkenalkan Civic RS di Jepun dan menariknya dengan kotak gear manual enam kelajuan dan padanan rev.

Lebih sebulan, Civic RS dan model perubahan kecil (mmc) dilancar secara rasmi pada 13 September.

Civic generasi ke-11 menemui pasaran pada 2021 dan versi terbaru menggunakan bampar yang berbeza dan selain RS dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo, pelanggan di Jepun ditawarkan dua model hibrid e:HEV.

Honda Civic e:HEV EX

Dari segi rekabentuk, badan Civic hatchback yang rendah dan lebar serta gaya melintang dan ala coupé dipadan bersama bampar baharu yang berbeza daripada konsep keseluruhan.

Honda jarang membuat perubahan ketara pada bampar namun rekaan baharu menyerlahkan lagi keterampilan Civic dan nampak lebih tajam dan maskulin.

Civic 2.0 liter hibrid e:HEV

  • Civic e:HEV LX
  • Civic e:HEV EX
  • Kuasa: 141ps@6,000 rpm, 182@4,500 rpm (motor elektrik: 184ps@5,000 – 6,000 rpm, 315Nm@0 – 2,000 rpm)

Civic hibrid sebelum ini ditawarkan dalam satu varian sahaja dan kini dalam pilihan e:HEV LX dan e:HEV EX.

Bahagian dalam kini didatangkan dalam warna kelabu baharu yang membawakan suasana lebih terang dan tenang selari dengan pemanduan senyap dan lancar sebuah kenderaan hibrid.

Rim 18 inci baharu menggunakan warna Shark Gray Metallic dan kusam. Satu ciri menarik ialah e:HEV EX dilengkapi bumbung suria panoramik sebagai perkakasan standard.

Civic 1.5 liter VTEC Turbo

  • Civic LX – CVT
  • Civic EX – CVT
  • Civic RS – Manual 6 kelajuan
  • Kuasa: 182 ps@6,000 rpm, 240Nm@1,700 – 4,500 rpm

Civic RS

Civic RS tampil berbeza dengan perkakasan hitam pada bingkai lampu besar, antena sirip yu, muncung ekzos dan nat roda. Logo RS pada depan dan belakang tanda keistimewaan varian ini.

Sistem Padanan Rev mengawal kelajuan enjin secara automatik semasa nyahpecut dan membantu kelancaran pemanduan ketika penurunan gear.

Roda tenaga jisim tunggal ringan membantu dalam memberi respon terotel spontan.

Selari dengan nama RS, varian ini menggunakan suspensi khas yang telah diperhalusi untuk mengurangkan gegaran badan walaupun di atas permukaan kasar.

Stereng dan suspensi talaan khas menjadikan kereta fil yang ringan dan prestasi di selekoh yang sepadu. Juga berbeza, brek khas RS dengan cakera depan lebih besar.

Ada empat mod pemanduan yang disediakan dengan tetapan berbeza iaitu Normal, Sport, Econ dan Indvidiual. Animasi selamat datang pada meter turut eksklusif.

Harga

  • Civic e:HEV LX: JPY¥3,998,500 (RM121,621)
  • Civic e:HEV EX: JPY¥4,307,600 (RM131,019)
  • Civic LX: JPY¥3,448,500 (RM104,888)
  • Civic EX: JPY¥3,798,300 (RM115,535)
  • Civic RS: JPY¥4,198,700 (RM127,714)

Honda Civic RS 2025 (Jepun):

 

Honda Civic 2025 (Jepun):

Honda Civic eHEV EX
Honda Honda Civic Honda Civic RS
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.