Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Menang Kereta Terbaik Amerika Utara 2022, Kali Ketiga Sejak 2006!
Auto Terkini

Honda Civic Menang Kereta Terbaik Amerika Utara 2022, Kali Ketiga Sejak 2006!

Abang HirataBy Abang Hirata12/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM bahang kemasukan Honda Civic generasi ke-11 ke pasaran tempatan, jauh di Amerika Syarikat (AS), model itu berjaya memenangi Anugerah Kereta Terbaik (COTY) Amerika Utara 2022.

Itu juga pengiktirafan kali ketiga selepas kemenangan Civic generasi ke-10 pada 2016 dan Civic generasi ke-8 pada 2006. Kemenangan tersebut juga adalah kali keempat buat Honda dalam tempoh enam tahun dengan memenangi Anugerah Kereta atau Trak Terbaik Amerika Utara iaitu Civic (2016), Ridgeline (2017) dan Accord (2018).

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Pandu Uji Honda Civic FE (2022) yang Serius Best!
BACA >>> Inilah 8 Sebab M̶a̶k̶w̶e̶ Orang Muda Boleh Jatuh Cinta dengan Honda City Hatchback!

DIPILIH 50 WARTAWAN DUA NEGARA

Anugerah Kereta, Utiliti dan Trak Terbaik Amerika Utara mengiktiraf kecemerlangan dalam pelbagai aspek seperti inovasi, rekabentuk, keselamatan, ciri, prestasi, teknologi, kepuasan pemandu dan nilai.

Anugerah tersebut dimulakan pada 1994 yang diadili 50 wartawan automotif profesional AS dan Kanada  daripada pelbagai media permotoran sama ada majalah bebas, televisyen, radio, surat khabar dan laman web. Seperkara lagi tentang anugerah itu, Honda sebelum ini menerusi model N-ONE baru saja diiktira sebagai Kei-Car Terbaik Jepun 2021/22.

BACA >>> Honda N-ONE – Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!

Berikut fakta mengenai Civic Amerika:

  • Di AS, Civic ditawarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo dalam transmisi manual 6-kelajuan.
  • Turut dilengkapi sistem bantuan pemanduan Honda SENSING dan teknologi konektiviti (connected-car technologies).
  • Walaupun Civic generasi ke-10 sudahpun cemerlang dan diminati ramai, tetapi Honda membangunkan Civic generasi ke-11 daripada asas dengan menggunakan struktur badan lebih kuat dalam rekabentuk serba baharu.
  • Civic Sedan, Hatchback dan Si dikeluarkan di kilang Greensburg, Indiana dan Alliston, Ontario, manakala pemasangan Civic Type R baharu belum diketahui kerana kilang di Swindon, Britain sudah tidak lagi beroperasi.
  • Sehingga kini hampir 11 juta unit Civic dikeluarkan di Amerika Utara dengan lebih 5 juta unit dari AS.
  • Honda sudah mengeluarkan kenderaan di Amerika selama 40 tahun dan kini mempunyai 18 fasiliti pengeluaran utama di Amerika Utara.
  • Pada 2021, 95 peratus kenderaan Honda di AS dihasilkan di Amerika Utara.

BACA >>> Honda AWV – Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan

2022 North American Car of the Year COTY Honda Honda Civic North American Car of the Year
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.