• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Abang Gan Pandu Uji Honda Civic FE (2022) yang Serius Best!

#PanduUji: Abang Gan Pandu Uji Honda Civic FE (2022) yang Serius Best!

January 3, 2022 By Abang GYL Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH masa yang dinantikan, Honda Civic FE (2022) secara rasmi sudah berada di pasaran tempatan. Bukan saja tempahan sudah dibuka, tetapi pihak media juga dijemput memandu uji model segmen-C itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Berbanding versi terdahulu (Civic FC), model generasi ke-11 kini tampil dengan konsep rekabentuk 'SOKAI' yang bermaksud 'pembaharuan'. Ini dapat dilihat pada keseluruhan rekabentuk Civic FE yang jauh berbeza daripada model FC (ketam) dengan tampil lebih elegan dan sporty.

BACA >>> Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!

Dalam sesi pandu uji itu, pihak media hanya diberikan akses untuk varian tertinggi, RS yang juga kali pertama diperkanlakan pada model Civic di Malaysia.

Berikut ciri menarik diperkenalkan Civic RS (2022):

  • Black Ring Inserted Headlights
  • Lampu siang (DRL) LED berbentuk L
  • Lencana RS
  • Lampu kabus LED
  • Rim baharu Black Matte (hitam kusam) 18-inci
  • Hendak pintu gelap
  • Cermin warna gelap
  • Spoiler belakang gelap
  • Antena sirip jerung gelap
  • Dual ekzos krom

SAIZ LEBIH PANJANG, LEBAR

Civic FE (2022) memiliki dimensi 48mm lebih panjang, 3mm lebih lebar dan 1mm lebih rendah daripada Civic FC. Dengan tambahan saiz panjang dan lebar, ini secara tidak langsung memberikan ruang kabin lebih luas dan selesa bagus untuk pemandu, terutama bahagian belakang.

ENJIN SAMA, TETAPI LEBIH BERKUASA

Aspek mekanikal, Civic FE (2022) masih mengekalkan enjin sama, 1.5L VTEC Turbo, tetapi diberikan nafas baharu dengan angka kuasa lebih tinggi, 180hp (+9hp) dan tork 240Nm (+20Nm). Sistem transmisi pula masih mengekalkan kotak gear automatik CVT yang diberikan penambahbaikan.

Jika mahu tahu perbezaan ditampilkan Civic FE (2022), sila tonton video di bawah ini:

ADA HONDA SENSING!

Selain kamera Honda LaneWatch dan enam beg udara, Civic FE (2022) turut dilengkapi ciri bantuan pemandu Honda SENSING, terdiri daripada:

  • Sistem Notifikasi Kereta Depan Mula Gerak (Lead Car Departure Notification System, LCDNS)
  • Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal City V-Sensing dengan Pakej Honda Sensing, Harga RM90k!

HARGA MASIH RAHSIA

Ramai tertanya, berapakah harga Civic FE (2022)? Adakah sama seperti Civic sedia ada? Buat masa ini, kami belum didedahkan tanda harga model kompak itu. Apapun harap bersabar kerana majlis pelancaran dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Jom tonton pengalaman Abang Gan memandu uji Civic FE (2022) di trek SIC. Apa pula pendapat anda, mana satu paling memikat antara Civic FC dan FE? Nyatakan dalam ruangan komen.

BACA >>> Honda Kongsi Foto Baharu Civic Type R (2023) yang Lebih Jelas, Terperinci!

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Abang Gan Pandu Uji Civic Fe (2022), Auto Terkini, Honda, Honda Civic (2022), Honda Civic FE (2022), Honda Malaysia, Pandu uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
    Sportbike Karizma XMR Masuk Pasaran India, Harga Terkini RM10.2k!
  • Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
    Lagi Klon Ducati di China, Ducasu DK400 Tiru Ducati Supersport 950 S?
  • Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
    Kerajaan Terima 10 Kali Ganda Aduan Jalan Rosak Menerusi Aplikasi MYJalan KKR
  • #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu
    #Videotomotif: Toyota Land Cruiser Kemek Teruk Tapi Masih Boleh Pandu

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my