Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic 2025 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM133k
Roda4

Honda Civic 2025 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM133k

SyafieBy Syafie09/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan sedan segmen-C, Honda Civic 2025 versi dipertingkat (facelift) pada harga bermula RM133,900.

Pelancaran ini juga memperkenalkan teknologi terkini seperti sistem Google Built-In, kemas kini rekabentuk berani dan prestasi hibrid canggih Honda. Malah, sedan kompak ini juga menggabungkan ciri terkini dengan warisan Honda yang unggul dalam gaya dan kejuruteraan.

Ada empat pilihan varian yang ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • E – RM133,900
  • V – RM144,900
  • Petrol RS – RM149,900
  • e:HEV RS – RM167,900

Ada lima warna pilihan ditawarkan:

  • Canyon River Blue Metallic (biru)
  • Platinum White Pearl (putih, caj tambahan RM800)
  • Ignite Red Metallic (merah, caj tambahan RM800)
  • Meteoroid Gray Metallic (kelabu)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Kami menutup 2024 dengan pencapian cemerlang, dengan jualan lebih 81,600 unit. Dengan pencapaian ini, kami berbangga mengumumkan kami mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional untuk tahun ke-11 berturut-turut.

“Sehingga Disember 2024, Civic mencatatkan pegangan pasaran sebanyak 81 peratus dalam sedan segmen-C bukan nasional, yang menunjukkan kepercayaan dan sokongan kukuh daripada pelanggan kami.

“Kami memulakan tahun ini dengan pandangan positif menerusi pelancaran Civic Baharu hari ini yang akan membawa warisan ini ke tahap seterusnya dengan sistem pacuan lebih maju dan konektiviti tanpa had yang menjadikan setiap pemanduan satu perjalanan luar biasa.”

CIRI BAHARU HONDA CIVIC 2025 FACELIFT

Rekabentuk Terkini

  • Gril depan berwarna badan dan hiasan gril bawah untuk varian e:HEV RS.
  • Roda aloi Matte Grey 18 inci yang lebih berani untuk varian RS.
  • Pelanjutan lampu belakang berwarna hitam untuk kesan moden di semua varian.
  • Logo RS baru pada varian RS.
  • Canyon River Blue Metallic – warna baharu yang pertama kali diperkenalkan dalam Civic.

Sistem Pacuan dan Prestasi Hibrid

  • Enjin e:HEV 2.0L untuk varian e:HEV RS memberikan outpupt kuasa 184ps (181hp)  dan tork 315Nm.
  • Enjin VTEC Turbo 1.5L pada varian Petrol RS menghasilkan output kuasa 182ps (179hp) kuasa dan tork 240Nm untuk pemanduan lebih sporty.

Teknologi dalam Kabin

  • Google Built-In: Akses kepada Google Assistant, Google Maps, dan aplikasi dari Google Play secara terus dalam sistem infotainmen.
  • Unit infotainment 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay wayar les dan Android Auto.
  • Pengecas wayarles (varian RS).
  • Kad kunci pintar dan kluster instrumen TFT 10.2 inci (varian e:HEV RS).

Sistem Keselamatan Honda SENSING

  • Ciri Honda SENSING menjadi ciri standard semua varian seperti sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), dan Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS).

Honda CONNECT

  • Dilengkapi sistem Honda CONNECT baharu untuk integrasi telefon pintar termasuk kawalan fungsi lampu dan hon jauh untuk mencari kenderaan, serta makluman kenderaan proaktif.

Ciri NVH Dipertingkat

  • Dibekalkan sistem Kawalan Bising Aktif (ANC) dan Kawalan Bunyi Aktif (ASC) bagi mengurangkan bunyi luar dan meningkatkan bunyi enjin untuk pemanduan lebih senyap dan selesa.

Pilihan Warna dan Filem Solar

  • Filem solar dan keselamatan sebagai ciri standard untuk perlindungan tambahan.
  • Warna baharu Canyon River Blue Metallic (biru) yang kali pertama ditawarkan pada Civic.

Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan 1,000 unit dan berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran sedan segmen-C Bukan Nasional.

Maklumat lanjut mengenai Honda Civic 2025 facelift baharu atau tempahan ujian memandu boleh menunjungi mana-mana 103 pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara, atau hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020, atau layari laman web www.honda.com.my.

Honda Civic Petrol RS
Honda Civic e:HEV RS
Auto Terkini Honda Civic 2025 Honda Malaysia Roda4 sedan segmen-C
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.