Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CBR150R (2021) Akan Ada Fork USD?
Roda2

Honda CBR150R (2021) Akan Ada Fork USD?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASTRA Honda Motor (AHM) nampaknya tidak selesa dengan dominasi segmen sportbike 150cc di Indonesia yang dikuasai Yamaha YZF-R15 dan Suzuki GSX-R150. Justeru wakil pengedar Honda di negera jiran itu mengambil langkah berani menaik taraf ayam tambatan jenama tersebut, CBR150R.

Berita mengenai projek kod K45R sudah lama tersebar. Model CBR150R (2021) baharu khabarnya bakal dipasangkan fork terbalik (USD), manakala rekabentuk luaran berubah sepenuhnya.

BACA >>> #BikinMotor: Honda CBR150R Gaya Karbon Penuh

Honda CBR150R sedia ada cuma dipasangkan fork telekospik biasa.

Berdasarkan sejarah CBR150R di Indonesia, model itu biasanya menggunakan kod K45A, K45G, K45N dan akan datang K45R. Simbol R dari dulu memang identik dengan produk motosikal termaju, berprestasi tinggi dan versi lumba seperti RR atau RRR.

Malah model baharu ini ialah CBR150R pertama dibekalkan fork USD. Rekabentuk juga mengalami perubahan menyeluruh berbanding model K45A (2016) hingga K45G yang masih mengekalkan bentuk generasi terdahulu. Agaknya, apakah perubahan dilakukan?

CBR150R bakal menerima banyak komponen seperti abang besar CBR250RR.

Khabarnya, lampu depan direka mirip CBR250RR, manakala fork USD seperti CRF150L. Rekabentuk belakang juga tidak jauh berbeza dengan CBR250RR. Bentuk tangki minyak seperti K64 yang besar dan banyak lekukan. Apit tripel (triple clamp) pula ada lelubang mirip produk aftermarket BPro, tetapi sedikit kecil.

Lampu depan direka terperosok ke dalam dengan posisi lampu siang (DRL) di atas, juga mirip CBR250RR. Cuma silenser ekzos masih sama.

CBR150R (2021) boleh dianggap sebagai CBR250RR versi kompak dengan posisi hendal tinggi untuk mengekalkan aspek keselesaan tunggangan harian. Trenkuasa dikatakan serba baharu, cuma tidak diketahui perbezaan dilakukan. Adakah beralih kepada near square atau kembali kepada overbore.

BACA>>>#ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?
BACA>>>Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

SUMBER: IwanBanaran

Auto Terkini Honda Honda CBR150R (2021) Honda CBR250R roda2 sportbike Sportbike Aras Mula
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.