Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda BR-V (2019) Facelift di Indonesia, Luaran Sporty dengan Skrin Infotainment 8 Inci
Roda4

Honda BR-V (2019) Facelift di Indonesia, Luaran Sporty dengan Skrin Infotainment 8 Inci

Han OthmanBy Han Othman26/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Indonesia melancarkan BR-V versi dipertingkat (facelift) dengan rupa luaran diperbaharui, ruang kabin bertemakan sporty dan sistem infotainment 8 inci serba baharu untuk penampilan lebih segar dan relevan mengikut trend semasa.

Harga kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak ini bermula Rp238 juta (RM68,800) untuk varian manual, hingga Rp279,500,000 (RM80,800). Sebagai perbandingan, BR-V di Malaysia dijual pada harga bermula RM80,989 hingga RM90,700.

BR-V facelift spesifikasi Indonesia ini mendapat fasia depan baharu yang nampak lebih tegap dan maskulin. Gril krom ‘misai’ di depan yang menjadi signatur kenderaan baharu Honda kali ini dihitamkan, cuma kelihat panel krom kecil di bawahnya.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

* Honda BR-V versi Malaysia

LEBIH SPORTY, KEMAS

Di sudut gril ialah lampu utama projektor yang disatukan dengan lampu siang (DRL) LED. Bampar depan juga diperbaharui dengan tambahan lekuk dan garis tajam untuk rupa lebih agresif. Rim aloi dua tona 16 inci juga direka baharu.

Di belakang kelihatan strip reflektor yang melintang sepanjang pintu but dan bersambung dengan sepasang lampu belakang, kini digantikan dengan strip krom. Juga ada bampar baharu dengan reflektor belakang menegak diletakkan di atas plat skid.

Menjengah ruang kabin, papan pemuka nampak lebih kurang sama seperti model lama. Bagaimanapun, edisi facelift ini mendapat sentuhan trim merah pada kerusi, pad pintu dan roda stereng untuk gaya sporty. Paling menonjol ialah sistem infotainment skrin sentuh 8 inci yang dilengkapkan ciri konektiviti telefon pintar dengan Web Link yang boleh menghubungkan peranti pintar dan memaparkan beberapa aplikasi pada skrin.

Ciri biasa lain ialah kawalan penyaman udara automatik, kawalan audio pada stereng, ventilator penyaman udara belakang dan kamera parkir belakang.

Honda turut melengkapkan BR-V facelift ini dengan struktur frem G-CON + ACE bersama palang impak sisi untuk menguatkan badan SUV ini. Ciri keselamatan mendapat 2 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan amaran tali keledar, termasuk Bantuan Mula Daki (HSA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) dan pautan ISOFIX.

BACA >>>#PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!!!

ENJIN SAMA, 2 PILIHAN TRANSMISI

Aspek mekanikal dijana enjin sama, petrol 1.5L i-VTEC berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan dua pilihan transmisi, manual 6-kelajuan dan CVT (Malaysia tiada manual).

Dengan pelancaran BRV facelift di Indonesia, adakah itu menandakan Honda Malaysia juga akan memperkenalkan model sama untuk pasaran tempatan tahun ini? BRV kali pertama dilancarkan di Malaysia pada Januari 2017 dan tahun ini genap lebih dua tahun di pasaran. Memang tempoh masa yang sesuai untuk melancarkan model baharu versi segar semula.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula 'Tak Masuk Akal'

GALERI
Honda BR-V Honda Indonesia Indonesia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.