Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k
Roda4

Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA minggu lalu, Honda Malaysia membuka tempahan sedan segmen-D, Accord (2020) dan kini model tersebut rasmi dilancarkan dan sudah berada di pusat jualan sah Honda seluruh negara.

Accord (2020) menjadi penanda aras sedan saiz pertengahan generasi baharu yang mana model generasi ke-10 ini didatangkan dengan enjin pengecasturbo. Ini secara tidak langsung meletakkan Honda sebagai satu-satu pengeluar pasaran massa Jepun yang memperkenalkan enjin berkuasa untuk sedan segmen-D.

Apa yang menarik tentang Accord (2020)?

BACA >>> Honda Accord (2020) Buka Tempahan, Kini Enjin 1.5 VTEC Turbo dan Honda Sensing

1. Ada dua pilihan varian dan harga seperti berikut: 

  • 1.5 TC – RM185,900
  • 1.5 TC-P – RM195,900

* Harga atas jalan, tidak termasuk insurans.

2. Accord (2020) tidak lagi menawarkan enjin 2.0L dan 2.4L, sebaliknya digantikan cuma satu varian enjin, iaitu 1.5 VTEC Turbo yang ditambah baik, berkuasa 199hp @ 5,500rpm dan tork 260Nm @ 1,600-5,000rpm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik CVT 5-kelajuan. Kecekapan penggunaan bahan api ialah 6.3 liter per 100km.

3. Penampilan keseluruhan Accord lebih luas dengan bumbung rendah dan bonet lebih panjang. Rekaan depan didatangkan dengan gril depan kembar signatur Honda dengan kemasan krom dan teknologi LED pada lampu depan dan belakang.

Dimensi bertambah, jarak roda kini 2,830mm (+55mm) dan lebar 1,862mm (+12mm), manakala ruang but meningkat 570 liter (+120 liter). Namun, tinggi dan panjang Accord dikurangkan, masing-masing 1,450mm (-15mm) dan 4,901mm (-34mm).

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

4. Ruang kaki penumpang belakang kini lebih luas dengan tambahan 48mm. Kerusi dan stereng diberikan kemasan kulit. Banyak ciri praktikal tambahan lain seperti kerusi boleh laras elektrik 4-tetapan.

Ada juga pengecas telefon pintar wayarles di tengah konsol. Ciri baharu lain ialah kerusi pemandu dengan fungsi memori, Monitor Perhatian Pemandu (Driver Attention Monitor, DTM), Kunci Auto Walk-Away (Walk-Away Auto Lock, WAAL), dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh.

5. Unit infotainment baharu kini bersaiz 8-inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto. Semua varian Accord (2020) turut dilengkapkan 2 slot USB dan 10 pembesar suara.

6. Melengkapkan rupa luaran Accord (2020) ialah rim aloi Resonator 18 inci Resonator yang direka khas untuk mengurangkan bunyi tayar. Namun rim itu hanya untuk  varian 1.5 TC-P dengan tayar 235/45, manakala varian 1.5 TC mendapat rim 17 inci dan tayar 225/50. Sistem suspensi menggunakan strut Macpherson di depan dan multi-link (belakang).

BACA >>> Nissan Teana NISMO Performance Package Lebih Umphh…

7. Accord (2020) mendapat penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP. Varian 1.5 TC-P dipakejkan dengan teknologi bantuan pemanduan, Honda Sensing, terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Ikut Pandu Halaju Rendah (Low Speed Follow, LSF)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Masuk Lorong (RDM)
  • Amaran Masuk Lorong (LDW)

8. Ciri keselamatan standard Accord (2020) ialah:

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Brek Pegun Automatik (ABH)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Penghidup Bukit (HSA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Agile Handle Assist (AHA)

Sedan eksekutif ini turut dibekalkan teknologi keselamatan tambahan baharu seperti Sistem Kamera Multipandangan (Kamera 360°) dan Monitor Trafik Lintas Belakang (RCTM), khas untuk varian 1.5 TC-P.

9. Ada empat warna pilihan ditawarkan, termasuk satu warna baharu:

  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • Platinum White Pearl (putih)
  • Modern Steel Metallic (kelabu)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

10. Setiap pembelian Accord (2020) ditawarkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI
Honda Honda Accord Honda Accord (2020) Honda Malaysia Roda4 sedan segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. LIZA on 31/07/2020 19:04

      Harga Honda Accord Dan bayaran bulanan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.