Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Accord 2.0T (2018) Kongsi Enjin Civic Type-R (2017), Apakah Sama Hebat?
Roda4

Honda Accord 2.0T (2018) Kongsi Enjin Civic Type-R (2017), Apakah Sama Hebat?

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMILIK Honda Accord 2.0T (2018) mungkin fikir mereka sudah memiliki kereta seperti Civic Type-R (2017) kerana model sedan segmen-D itu berkongsi banyak komponen enjin dengan hot-hatch ikonik itu.

Di sebalik bukaan hud, Accord dan Civic Type-R , jelas kelihatan enjin empat sebaris 2.0L pengecas turbo yang kedua-duanya daripada famili Earth Dreams. Kapasiti enjin sama, tetapi tidak dari segi rupa. Enjin Civic Type-R (gambar bawah kanan) didatangkan dengan penutup merah dan kemasan gentian karbon berserta susunan abjad HONDA yang diperakkan supaya kontras. Sebuah lagi enjin – Accord 2.0T – tampil dengan plastik hitam seperti enjin biasa lain.

BACA >>> Sudah Masuk Malaysia! Honda Civic Type-R Serba Baharu Siap Sedia Terima Tempahan!

BERITA baik! Honda Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk Honda Civic Type-R ke pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, ia mungkin akan dibawa masuk dalam unit terhad memandangkan harga jualan yang agak tinggi. Berdasarkan beberapa sumber yang PanduLaju terima, Honda Civic Type-R dijangka bakal diperkenalkan selepas pelancaran Honda CR-V tidak lama lagi. Manakala anggaran harga jualan bagi Honda Civic Type-R ialah sekitar RM300,000. ENJIN 2.0l I-VTEC TURBO Honda Civic Type-R yang membuat debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 baru-baru ini membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk. Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak. Lihat saja kuasa disebalik enjin yang terbenam pada hud hadapan. Honda Civic Type-R dipadankan dengan enjin 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD). Hasil padanan kotak gear manual 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 318hp dan tork puncak 400Nm. Untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, Honda Civic Type-R didatangkan dengan tiga mod pacuan iaitu Comfort, Sport dan Track. Jika melihat pada anggaran harga di Malaysia, ia agak sukar untuk dijual. Beli memang akan ada, tetapi mungkin dalam kuantiti yang sedikit. Jadi tidak hairanlah Honda Malaysia berkemungkinan hanya akan membawa unit terhad. Bagi peminat yang ternanti-nanti Honda Civic Type-R, anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian. Atau mungkin sudah sampai masa berbisik di telinga isteri supaya menghadiahkan anda Honda Civic Type-R sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi. Apa-apapun, selamat menjadi wahai kaum adam :-)

Fakta menarik lain, kedua-dua enjin itu berkongsi komponen enjin yang hampir sama sepenuhnya seperti manifold ekzos, intercooler udar ke udara, injap ekzos isian sodium, injap-ekzos variabel VTEC, pemfasaan aci sesondol ekzos dan ambilan, jaket air two-piece, wastegate elektrik turbo dan piston dengan saluran penyejukan dalaman.

Nisbah mampatan 9:8:1 juga sama antara Civic Type-R dan Accord 2.0T (enjin Accord kurang boost untuk mengelak efek ketukan ketika pembakaran petrol berlaku.)

BACA >>> Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783)

Persoalannya, bagaimanakah enjin yang mencatatkan rekod sebagai kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di dunia di Nurburgring boleh diperhalusi untuk sebuah sedan famili saiz pertengahan?

DIAMETER TURBO BERBEZA

Ketua jurutera trenkuasa, Terunobu Kunikane berkata, bahagian komponen major yang berbeza ialah diameter pengecas turbo yang lebih kecil pada Accord. Walaupun merendahkan tekanan puncak relatif, turbo Accord aktif lebih pantas kerana kurang inersia. Udara yang dicas juga memasuki ram turbin pada sudut lebih tajam, sekali gus meningkatkan jumlah daya pada ram dan membantu memberikan respon terotel pantas, termasuk menambahkan tork pada rev rendah.

Kerja dilakukan turbo inersia-rendah memang menakjubkan. Accord 2.0T mampu mendapatkan tork maksimum 370Nm pada 1,500rpm yang mana Type-R cuma mampu menjana 155Nm pada putaran sama. Bezanya, apabila Type-R mencapai 2,500rpm, tork maksimum mampu mencecah hingga 400Nm berikutan daya lonjakan dihasilkan pengecas turbo (antara 1,000-2,500rpm) yang lebih besar berbanding Accord.

BACA >>> #Videotomotif: Kisah Di Sebalik Ilham Pembangunan Honda Civic Type R (2017)

Selain itu, pada putaran 4,000rpm, tork Accord mula mendatar, sebaliknya enjin Type-R mampu mengekalkan momentum tork hingga 4,500rpm bersama limpahan kuasa kuda. Dalam situasi 4,000rpm ke atas, kedua-dua enjin mampu melepaskan kuasa lebih 200hp (Accord 2.0T – 208hp; Civic Type-R – 225hp), dan mencapai output kuasa maksimum pada takat 6,500rpm.

INJEKTOR ALIRAN-TINGGI

Bagaimanapun, kuasa maksimum Accord 2.0T cuma setakat 252hp, tidak sama dengan Civic Type-R yang berkuasa 306hp. Seperkara lagi, garis merah (redline) Type-R adalah pada 7,000rpm, beberapa ratus putaran lebih tinggi berbanding Accord.

Turbo bukanlah segalanya tentang Accord 2.0T dan Civic Type-R. Menurut Terunobu, Type-R memiliki injektor bahan api aliran-tinggi yang direka untuk melakukan ‘semburan kuat’, manakala kadar aliran injektor Accord lebih melebar. Dengan kurang oksigen dalam silinder disebabkan tekanan boost rendah, enjin Accord kurang menghirup petrol dengan mencatatkan rating lebuh raya pada 30mpg (batu per gelen) atau lebih dengan transmisi manual, berbanding Type-R, 28mpg.

Civic Type-R juga memerlukan perisian talaan agresif dan bahan api oktana tinggi sebagai kemasan akhir untuk jentera itu beraksi mantap. Honda turut menambah aci imbang pada enjin Accord 2.0T untuk mengurangkan gegaran ‘second-order‘.

Sekarang jelas bukan bagaimana enjin sama dengan komponen yang juga sama dapat menghasilkan input prestasi berbeza? Apabila ditanya apakah ada versi Accord Type-R, Terunobu hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

SUMBER: Car and Driver

Honda Honda Accord (2018) Honda Civic Type-R 2017 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

27/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.