Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»HJC RPHA 11 Mike Wazowski – Helmet Tema Filem Animasi Monster Inc
Aksesori

HJC RPHA 11 Mike Wazowski – Helmet Tema Filem Animasi Monster Inc

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/05/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


REPUTASI HJC dalam menghasilkan helmet dengan seni grafik berlesen memang menakjubkan. Ada banyak model sudah dikeluarkan beberapa tahun lalu, daripada Star Wars hingga produk adiwira Marvel. Terbaharu, HJC menghasilkan helmet tema media daripada animasi terkenal, Monster Inc terbitan Disney Pixar yang tampil cukup menarik.

Pasukan pakar-takut daripada Monster Inc mencipta karakter makhluk mata satu, Mike Wazowski sebagai grafik utama helmet HJC. Hasilnya ialah helmet dengan grafik mata satu yang cukup liar dan menyilau mata hingga mampu mengatasi kelibat helmet lain di jalanan atau trek.

BACA >>> HJC Perkenal Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II, Harga AS$199.99 (RM788.26)

Susulan pengeluaran helmet RPHA 11 Lighting McQueen dan Jackson Storm, helmet RPHA 11 Mike Wazowski ini ialah grafik ketiga daripada koleksi helmet HJC yang dilesenkan Pixar. Apa yang pasti, helmet uni itu secara tidak langsung mampu menyerlahkan ruang pameran pengedar helmet sedunia.

Grafik terbaharu itu menjadi tema utama model RPHA 11, yakni salah satu helmet premium HJC gaya sport. Model tersebut dihasilkan daripada bahan PIM+ untuk tahap keringanan optimum selain memiliki daya hentakan superior. Setiap helmet dalam siri RPHA 11 dilengkapi pelindung asap ekstra, masukan Pinlock, tirai dagu dan kotak nafas (breath box). Setipa produk didatangkan dengan waranti 5 tahun.

Pada saingan Moto2 dan Moto3 di GP Perancis minggu lalu, kelihat beberapa pelumba menyarung helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski. Juara MotoAmerika 2017, Toni Elias juga akan menggunakan helmet unik ini di litar Laguna Seca pada 23 Jun ini.

Helmet hijau terang itu didatang dalam saiz XS hingga XXL dan mendapat perakuan DOT serta ECE. Jika anda berminat menyarung seekor makhluk hijau di kepala, helmet ini mampu berikan gaya cool. Harga? Cuma AS$599.99 (RM2,388). Boleh hubungi pihak HJC Helmet Malaysia untuk mengetahui sama ada helmet ini ada di pasaran tempatan atau sebaliknya.

 

SUMBER: RideApart

aksesori Disney Pixar helmet hjc HJC RPHA 11 HJC RPHA 11 Mike Wazowski Mike Wazowski Monster's Inc roda2 RPHA 11 Mike Wazowski topi keledar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.