Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hishammuddin: Kerajaan Sedia Longgar Aktiviti Risiko Rendah untuk Negeri Fasa 1
Auto Terkini

Hishammuddin: Kerajaan Sedia Longgar Aktiviti Risiko Rendah untuk Negeri Fasa 1

Han OthmanBy Han Othman10/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN sedang menimbang kelonggaran untuk aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang masih di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini dimaklumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menurutnya bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat terjaga.

“Meskipun kita masih berada dalam Fasa Satu, berkaitan isu kesihatan mental kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam terbuka, semua ini kita sedang pertimbang (untuk beri) kelonggaran,” katanya dalam sidang media secara digital hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

Sidang media itu adalah pertama diadakan sejak pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang bertanggungjawab mengumumkan perkembangan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Mengulas kelonggaran rentas negeri untuk ibu bapa yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan berjumpa anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, Hishammuddin menjelaskan keputusan itu dibuat bersandarkan kedudukan dan kesejahteraan mental dan aspek kekeluargaan yang perlu diambil kira selepas sekian lama berdepan sekatan tersebut.

Bagaimanapun kelonggaran bagi golongan bujang berjumpa ibu bapa tidak dapat dilaksana kerana jumlah golongan itu terlalu ramai selain berisiko tinggi.

Justeru buat masa ini ibu bapa yang ada anak umur 18 tahun ke bawah dan tinggal berasingan dibenarkan rentas negeri. Jika jumlah kes Covid-19 tidak meningkat susulan keputusan itu, Kerajaan bersedia meluaskan kelonggaran rentas negeri kepada golongan bujang pula.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Hishammuddin Tun Hussein Menteri Kanan Kluster Keselamatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) PKP PPN Fasa 1 Rentas Negeri
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.