Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Himpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Cipta Rekod Baharu
Auto Terkini

Himpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Cipta Rekod Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBORGHINI Owners Malaysia (LOM) berjaya menghimpunkan seramai 112 unit supercar mewah di Kuala Lumpur sekali gus memecahkan rekod yang dicipta kira-kira sedekad lalu di lokasi sama.

Rekod pertama dibuat pada 2013, sempena sambutan ulang tahun ke-50 Lamborghini global dengan penyertaan 77 pemilik kenderaan jenama Itali itu, dari Malaysia dan Singapura.

BACA >>> LOM Pecah Rekod Perhimpunan Lamborghini Terbesar Malaysia Jun Ini!

77 unit kereta itu mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai himpunan Lamborghini terbesar di satu acara dan selepas sembilan tahun, pemilik Lamborghini seluruh Malaysia kini mencipta rekod baharu.

Himpunan memecahkan rekod itu bukan disertai ahli LOM semata-mata, tetapi juga pemilik Lamborghini lain yang ada impian menyertai kelab berkenaan.

BACA >>> Gadis Nama Lamborghini Dedah Nama Abang, Kakak Pun Kereta Juga

Presiden LOM, Roslan Rosdi berkata;

Pencapaian bersejarah kelab ini juga menandakan penghormatan kepada jenama Lamborghini.”

Acara mencipta rekod baharu itu diadakan di lot parkir Hotel Mandarin Oriental, melibatkan beberapa model langka seperti Gallardo Malaysia Limited Edition (cuma ada 20 unit dihasilkan) dan Murcielago. Model lain termasuk Huracan Spyder, Aventador SVJ dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus.

BACA >>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!

Semasa detik memecah rekod itu, kereta nombor 78 dipandu Roslan disambut dengan tarian singa ketika memasuki lot parkir.

Selepas mencipta rekod baharu, konvoi kira-kira 112 Lamborghini kemudian meninggalkan ibu negara ke Bukit Tinggi. Peserta konvoi kemudian bermalam di La Chateau Spa & Wellness Resort.

Duta Itali, Massimo Rustico yang ditemani Pengerusi Penganjur LOM, Datuk Rakesh Sachdev dan Roslan mengibarkan bendera pelepasan konvoi.

Beberapa pihak tampil sebagai rakan acara, iaitu CERES Fine Jewelry, ODR Lubricants, Pernod Ricard Malaysia, Apollo Men’s Wellness Center, Dr. SHEVA, Muscle Mania Club, Quantum Metal, Roger Dubuis, BarTheHood, The StarHill, Double Creative, The Marinis Group, Nextdor Property Communications, Tarbush Restaurant, XFactor Events, Big Ass Fans, DMY, Sauda Gold, EGLAF, Phatjuice, Chic Ole, Morion, Rhythm Productions, Vivo, WrapXpert, LFR dan EliteSoft ODR.

LOM ditubuhkan pada 2014 dengan 50 ahli dan kelab itu kini sudah dianggotai 150 individu.

Lamborghini Owners Malaysia (LOM) Massimo Rustico MBOR Rakesh Sachdev roda2 Roslan Rosdi Supercar Himpun
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.